Mayat Penjual Kuih Ditetak, Dipotong Dipercayai Kerana Cemburu Hasil Jualan Lebih Laris

Mayat Penjual Kuih Ditetak, Dipotong Dipercayai Kerana Cemburu Hasil Jualan Lebih Laris

Shah Alam - Mayat seorang penjual kuih warga Bangladesh ditemui dicampak di dalam longkang di persiaran Kuala Langat, Seksyen 27, dalam keadaan dipotong dan ditetak.

Mayat Penjual Kuih Ditetak, Dipotong Dipercayai Kerana Cemburu Hasil Jualan Lebih Laris
Mayat Penjual Kuih Ditetak, Dipotong Dipercayai Kerana Cemburu Hasil Jualan Lebih Laris

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, majikan mangsa membua laporan tentang kehilangan salah seorang pekerjanya sejak Khamis lalu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Kata beliau juga, dalam masa yang sama, majikan mangsa turut membawa dua lelaki warga Bangladesh yang didakwa membunuh mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu.

“Hasil siasatan yang dijalankan kemudian mendedahkan salah seorang suspek telah mengaku membunuh mangsa di sebuah flat di Taman Megah, Shah Alam, Khamis lalu.


ARTIKEL MENARIK: Tak Salah Rogol Anak Sendiri - Isteri Suspek

loading...

“Kemudian, dengan bantuan seorang lagi suspek, mayat mangsa telah dibawa ke lokasi sebelum dibuang di longkang,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian setakat ini tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa, namun pihaknya akan menjalankan pemeriksaan di flat terbabit untuk mencari bahan bukti atau senjata yang digunakan.

Mengulas lanjut, Shafien memaklumkan, motif kejadian dipercayai kerana suspek cemburu dan rasa sakit hati berikutan perniagaan kuih mangsa lebih laris daripada suspek.

Tambah beliau lagi, soal siasat mendapati, suspek telah membunuh mangsa dengan menggunakan tukul besi dengan menghentaknya di kepala. Dalam pada itu, suspek juga turut mengaku telah memotong mayat mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek berusia 30-an ini akan direman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber: Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post