Pasukan pengurusan ambil masa 8 minit urus setiap jenazah mangsa kebakaran tahfiz

Pasukan pengurusan ambil masa 8 minit urus setiap jenazah mangsa kebakaran tahfiz

KUALA LUMPUR: Hanya lapan minit masa yang diambil untuk menguruskan setiap jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, semalam.

Pasukan pengurusan ambil masa 8 minit urus setiap jenazah mangsa kebakaran tahfiz
Pasukan pengurusan ambil masa 8 minit urus setiap jenazah mangsa kebakaran tahfiz

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Aziz Jusoh, berkata pasukan pengurusan jenazah turut melakar sejarah tersendiri apabila semua 23 jenazah diuruskan dalam masa tiga jam 15 minit atau secara purata lapan minit setiap jenazah.

ARTIKEL MENARIK: Tolonglah Hentikan Sebar Gambar Mangsa Kebakaran Anak-anak Tahfiz, Keterangan Doktor Ini Akan Buat Anda Menyesal Tak Sudah!

loading...

Pasukan pengurusan ambil masa 8 minit urus setiap jenazah mangsa kebakaran tahfiz

Katanya, ia hasil kerjasama berpasukan serta sokongan padu semua pihak, termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan, yang membantu melancarkan urusan pengurusan jenazah.

“Secara keseluruhan, semua mangsa di Lembah Klang termasuk di Seremban, dikebumikan sebelum jam 10 malam.

“Jenazah yang dikebumikan di Pengkalan Kubor, Kelantan pula dikebumikan jam 3 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu menguruskan semua jenazah ini.

“Agensi lain yang turut serta ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kor Agama Angkatan Tentra (KAGAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pihak JAWI juga mendoakan supaya semua anggota keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian Allah ini,” katanya.

Sumber: Bharian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post