Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU

Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU

Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU

Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU
Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU

Pelakon popular sebagai 'makcik mulut laser', Noryati Taib kini berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Perkara ini disahkan oleh pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin yang juga anak buah kepada Noryati.

Noryati yang kini berumur 60 tahun, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

ARTIKEL MENARIK: Pakaian Mia Sara DIKECAM Teruk Akibat Terlalu Menonjolkan Aset. Tetapi Respon Salah Seorang Netizen ni Memang WIN

loading...

Shahrulezad memberitahu ibu saudaranya itu diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkan dia berehat.

Bagaimanapun keadaannya kritikal apabila dia dimasukkan ke Unit Penjagaan Kritikal (CCU) pada pagi Isnin sebelum dipindahkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU).

Ini komen Shahrulezad:

“Sebenarnya Mak Uda (Noryati) dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu kerana penyakit diabetes dan dia sudah dibenarkan pulang sejak semalam (Ahad) dan keadaannya baik sahaja.

“Bagaimanapun apabila sampai ke rumah dia tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum bapa saudara saya membawanya kembali ke hospital dan saya dimaklumkan Mak Uda mengalami jangkitan kuman pada paru-paru,”

“Apa saya diberitahu oleh sepupu saya keadaannya masih kritikal dan saya sedang menghabiskan satu babak drama arahan saya iaitu Monalisa sebelum bergegas pulang ke Johor untuk menziarahinya.

“Noryati sepatutnya berlakon dalam drama itu tetapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan saya minta dia berehat.

“Saya mohon kepada semua peminat mendoakan agar kesihatan ibu saudara saya kembali pulih,”

Noryati memulakan karier lakonannya menerusi drama Sinderela arahan Shahrulezad sendiri pada 2008.

Selain drama Sinderella, Noryati berlakon dalam banyak drama bersiri dan selalunya lakonannya membawa watak seorang yang mulut laser dan garang.

Sumber: mStar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post