Pernah berselisihan faham kerana berebut bermain di gelanggang futsal

Pernah berselisihan faham kerana berebut bermain di gelanggang futsal

KUALA LUMPUR - Pengetua pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod, tidak menyangka ejekkan antara pelajar dan remaja luar menjadi punca kepada kebakaran sehingga mengorbankan 23 nyawa. Pihaknya juga tidak dimaklumkan mengenai perkara yang berlaku, lapor Harian Metro.

Pernah berselisihan faham kerana berebut bermain di gelanggang futsal
Pernah berselisihan faham kerana berebut bermain di gelanggang futsal

"Sebelum ini pihak tahfiz tidak menerima sebarang laporan terdapat ugutan terhadap pelajar. Ejek mengejek itu saya anggap ia adalah lumrah bagi kanak-kanak, tetapi saya tidak menyangka perkara itu menyebabkan kes besar sehingga mengorbankan nyawa pelajar dan kakitangan.

"Kami bersyukur kes ini dapat diselesaikan dengan pantas sehingga tertangkapnya suspek. Juga kami berharap orang ramai tidak terus menyalahkan pihak tahfiz kerana kami pun banyak kekurangan. Sepatutnya tunggu siasatan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan," katanya.

ARTIKEL MENARIK: Hukuman Juvenil Tidak Memadai – Keluarga Mangsa

loading...

1.jpg

Timbalan Pengetua, Mohammad Azhari pula mendedahkan, sejak dari awal tahun lagi budak-budak di kawasan taman itu mula berselisih faham dengan pelajarnya kerana berebut bermain di gelanggang futsal berdekatan.

Menurutnya pelajar tahfiz akan dibawa keluar untuk beriadah di kawasan rekreasi berdekatan setiap petang Isnin dan Rabu. Bagaimanapun, sejak awal tahun ini pelajarnya kerap mengadu tidak puas bermain futsal di gelanggang yang hanya ada sebuah sahaja di kawasan rekreasi milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mohammad menasihati pelajarnya agar mengalah dan bermain di padang di kawasan rekreasi yang sama.

"Daripada kejadian berebut gelanggang futsal, saya dah tahu budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar. Bukan itu sahaja, Ramadan lalu terdapat sekumpulan individu yang beberapa kali membaling mercun ke dalam kawasan pusat tahfiz sebelum menunaikan solat Isyak," katanya.

1.jpg

Mohammad berkata, dia pada awalnya ada menegur pelajar agar tidak bermain mercun, tetapi pelajar menafikan mereka yang bermain mercun, sebaliknya terdapat individu yang membaling ke dalam kawasan tahfiz dari luar.

"Dulu kejadian seperti ini tiada berlaku, tetapi zaman sekarang ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal.

"Saya bersyukur Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pentadbiran pusat tahfiz.

1.png

Dalam kejadian Khamis lalu, seramai 22 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan terkorban dalam kebakaran yang berlaku jam 5.15 pagi.

Susulan daripada kejadian itu, polis telah menahan tujuh remaja yang dipercayai terlibat dalam merancang kebakaran itu. Enam dari tujuh remaja yang ditahan didapati positif dadah jenis ganja.

Dengan penangkapan tujuh suspek itu, polis menganggap kes kebakaran di pusat tahfiz berkenaan sudah selesai dan meminta orang ramai memberi ruang untuk pihaknya menjalankan siasatan selanjutnya serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post