Sebagian suspek bakar pusat tahfiz terlepas dari hukum membunuh

Sebagian suspek bakar pusat tahfiz terlepas dari hukum membunuh

Enam suspek kes kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan didakwa di mahkamah, esok,Bagaimanapun, nasib seorang lagi suspek akan diketahui esok.

Sebagian suspek bakar pusat tahfiz terlepas dari hukum membunuh
Sebagian suspek bakar pusat tahfiz terlepas dari hukum membunuh

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hanya sebahagian daripada suspek-suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Manakala suspek yang lain akan didakwa mengikut seksyen berbeza, iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan mendapati, tidak semua suspek terbabit dalam kejadian itu. Mereka ada ketika kejadian, namun tidak terbabit.

“Hanya sebahagian daripada mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Dedah Bapa Kandung Sendiri Sanggup Hantar Santau Untuk Bunuh Isterinya

loading...

Noor Rashid berkata, pihaknya tidak akan berpuas hati terhadap siasatan dan akan terus menjalankan siasatan walaupun kes sudah dituduh.

“Jika ada ruang dan maklumat terbaru, kita akan teruskan siasatan. Kes masih berjalan namun apa yang boleh saya katakan, kes sudah selesai,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suspek-suspek terlibat dan meminta pihak berkuasa menjatuhkan hukuman yang berat terhadap mereka.

Walau apa jua keputusan mahkamah kelak, semoga ahli keluarga mangsa dapat menerimanya dengan hati terbuka. Semoga kesemua mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya.

Eberita.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post