Tanda-Tanda Lelaki Sayangkan Pasangannya, Tetapi Ramai Wanita Tidak Menyedarinya

Tanda-Tanda Lelaki Sayangkan Pasangannya, Tetapi Ramai Wanita Tidak Menyedarinya

Jika seseorang lelaki itu benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, dapat dilihat perubahan sikapnya dengan jelas. Hati lelaki selalu dianggap keras namun boleh tiba-tiba menjadi lembut selembutnya.

Tanda-Tanda Lelaki Sayangkan Pasangannya, Tetapi Ramai Wanita Tidak Menyedarinya
Tanda-Tanda Lelaki Sayangkan Pasangannya, Tetapi Ramai Wanita Tidak Menyedarinya

Bahkan lelaki yang dilamun cinta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja demi kekasihnya. Sekeras-keras manapun hati lelaki itu, air matanya tetap akan bercucuran jika hatinya diguris. Akan tetapi, wanita janganlah selalu mengambil kesempatan ke atas pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki itu untukmu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu itu demi kamu dengan rela hati. ternyata kamu tidak salah dalam memilih teman hidup. Situasi ini secara jelas menerangkan perkara yang sebenar keinginan lelaki itu. Dia bukanlah seorang yang sekadar suka-suka atau mengambil kesempatan ke atas dirimu tapi ats dasar cinta yang sebenar. Dapat dilihat sini betapa beruntungnya memiliki kekasih yang benar-benar cintakan kamu.


ARTIKEL MENARIK: Gempar! Penemuan Aneh Dijumpai Dalam Air Laut di Segi Tiga Bermuda? – Hameed Speed

loading...

Selain itu, jika kekasihmu selalu membuat hatimu senang dan terhibur, itu petanda dia inginkan hubungan yang serius dari kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan, kita inginkan susana yang ceria setiapkali bertemu dengan pasangan kekasih. Padanya adalah menjadi tanggungjawab dia untuk membuat hatimu ceria selalu, senang dan terhibur. Jangan anggap teman lelakimu itu kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba untuk memberimu nasihat.

Hendaklah diingatkan bahawa si dia selalu mengingati anda. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi supaya hubungan terjalin dengan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia sangat menghargai hubungan antara kamu. Jadi, bukakan hati kamu untuk menerima tegurannya, ambik yang baik dan yang tak elok kita singkirkan. Apabila sudah sayang menyayangi, ketepikan fikiran bimbang takut akan kehilangannya.

Begitu juga bila teman lelakimu menyatakan yang dia selalu memikirkan dan serius dalam hubungan itu.Setiap saat adalah baginya amat bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkam kamu senang hati memikirkan “aku hot, cantik, ramai lagi lelaki didunia ini”.. Kalau boleh biarlah perhubungan itu ke jinjang pelamin, barulah berbaloi dengan hubungan kamu.

Sememangnya kelakar tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti budak-budak semata-mata untuk mendapat perhatian darimu. Sidia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.

Jika dia merajuk atau bekecil hati, cuba sedaya upaya untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka sifat manja sidia itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja. Percayalah, jika kamu menghadapi kesulitan atau mengalami masalah, teman lelaki kamulah orang pertama yang datang untuk membantumu.

Itu tandanya dia tak mahu melihat dirimu susah dan dia mempunyai ciri-ciri tanggungjawab yang tinggi untuk membantu. Sidia akan menjadi orang yang paling rajin asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah.

Beruntungnya kan? Jika kamu tiba-tiba memberitahu bahawa kamu akan pergi jauh darinya, dan melihat reaksi teman lelakimu mengelabah dan langsung tidak boleh berjauhan darimu, tidak perlu lagi ragu-ragu akan kesetiaannya.

Sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan “awak masih sayangkan saya? Jangan anggap persoalan it suatu yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. Sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulangi agar kamu sentiasa ingat bahawa kamu sudah dimiliki olehnya.

Walaupun belum mempunyai ikatan yang sah, ia sebagai dorongan kepadanya supaya lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidp baru bersama kamu. Bukan semua lelaki yang menitiskan air mata demi perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki ang sanggup menitiskan air mata demi kamu?

Kasih sayangnya padamu melebihi segalanya, sayang pada manusia lain denagan sayang kepada agama. Kam akan menyesal dengan ketulusan hatina sekiranya kamu menolak cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mampu mencairkannya.

Mansia tiada yang sempurna, sama lah juga teman lelaki kamu, tidak lari dari buat kesilapan dan kadangkala membuatkan kamu berkecil hati. Tapi jika si dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah masa dia untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi kebahagiaan kamu, itu suatu perkara yang baik.

Janganlah kamu mencari penganti si dia semata-mata kamu kecik hati dengannya. Dan kamu pasti ke si pengganti si dia itu mampu membahagiakan mu? Dan pengorbanan paling besar sekaligus mejelaskan lagi betapa si dia menayangi dirimu, adalah betapa si dia lebih mementingkan dirimu daripada dirinya sendiri.

Apa yang dilakukan oleh lelaki itu adalah semata-mata untuk kamu sahaja. Si dia akan memastikan kamu berasa selesa dan selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi, hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan sukar dicari, namun ketlusan hati akan dapat diberi sekiranya kamu benar-benar tulus menyayanginya.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu merasakan pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu menyakitkan hati kamu lalu kamu terus cari penggantinya, alasan kamu dah tak serasi dan tiada hati, dah tawar hati, kamu pula macam mana? Adakah kamu tidak pernah membuat kesilapan?

Adakah kamu tidak pernah menyakiti hati pasanagan kamu? Adakah kamu setaraf Siti Khadijah? Setulus Zulaikha? Sekuat Sumaiyyah? Semulia Aisyah? Jangan biarkan ego kamu menguasai diri kamu kalau kamu tidak pasti akan menyesal suatu hari nanti. Kamu sering menyalahkan lelaki bahawa lelakilah yang paling kuat egonya padahal manusia sama saja.

Semua ada perasaan itu dalam diri sendiri. Mungkin kamu mendapat pasangan yang tidak sempurna tapi jika kamu dapat merasai keikhlasannya itu adalah lebih baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dilihat, tapi dapat dirasai dengan hati. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita untuk berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita rehda dan tawakal atas segala dugaan dan cabaran dalam melalui hidup bersama pasangan.

Sumber: baituljannah.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post