4 pengawal penjara digantung tugas selepas banduan wanita hamil

4 pengawal penjara digantung tugas selepas banduan wanita hamil

Hanoi: Empat pengawal penjara di utara Vietnam telah digantung tugas selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuai hingga menyebabkan seorang banduan wanita yang menunggu hukuman gantung sampai mati hamil.

4 pengawal penjara digantung tugas selepas banduan wanita hamil
4 pengawal penjara digantung tugas selepas banduan wanita hamil

Insiden itu bermakna, hukuman mati banduan wanita itu terpaksa ditukar menjadi penjara seumur hidup selepas kelahiran anaknya itu lapor media pada Selasa lepas.

Akhbar The Thanh Nien melaporkan Nguyen Thi Hue, 42, telah ditahan pada tahun 2012 kerana mengedar dadah dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2014. Mahkamah juga telah menolak permohonan rayuannya pada tahun yang sama.

Akhbar itu juga melaporkan, ketika berada di dalam penjara, Hue telah merasuah seorang banduan lelaki $2,300 untuk membuatnya supaya hamil.

Banduan berusia 27 tahun itu dikatakan telah memasukkan air maninya di dalam beg plastik bersama picagari untuk diberikan kepad Hue. Hue kemudian menyuntik air mani banduan lelaki tersebut ke dalam rahimnya sendiri. Beliau kemudiannya dilaporkan hamil dan dijangka melahirkan anak dalam masa dua bulan lagi.

ARTIKEL MENARIK: Hanya Kerana Inginkan iPhone 8, Dia Cuba Gadai Daranya, Gadis Ini Menyesal Serta Merta

loading...

Mengikut undang-undang Vietnam, hukuman mati seseorang banduan wanita akan ditarik balik dan dikenakan penjara seumur hidup jika mempunyai anak berusia tiga tahun ke bawah.

Pihak polis di wilayah Quang Ninh tidak dapat dihubungi untuk penjelasan.

Pada tahun 2007, dua pengawal penjara di Utara Hoa Binh telah dipenjara selama lima tahun kerana menyalah guna kuasa dengan membenarkan banduan wanita hamil bersama seorang banduan lelaki.

Sumber - CantikSikit.com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post