“Anak ikan? Tidaklah… mana ada. Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua” – Dato Vida

“Anak ikan? Tidaklah… mana ada. Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua” – Dato Vida

“SAYA akui, kami serasi bersama dan sekiranya dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak, saya akan teruskan bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya.”

“Anak ikan? Tidaklah… mana ada. Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua” – Dato Vida
“Anak ikan? Tidaklah… mana ada. Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua” – Dato Vida

Demikian kata Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, antara individu yang kini paling rapat dan sentiasa bersama dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV).

Keakraban mereka berdua menimbulkan tanda tanya di media sosial sejak kelmarin kerana berbekalkan pakej rupa dan penampilan yang menarik, ada yang mengatakan Ahmad Iqbal adalah ‘anak ikan’ baru DSV yang kembali solo sejak 7 April lalu.

ARTIKEL MENARIK: [GAMBAR] Sarat Mengandung, Bentuk Perut Zizie Ezette Curi Perhatian

loading...

“Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh.

“Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami memang selesa bersama. Dia senang terima teguran mengenai pelbagai perkara termasuklah fesyen dan penampilannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Iqbal mula bekerja dengan DSV secara rasmi sejak Jun lalu dan bertanggungjawab mengendalikan media sosial DSV, mengambil gambar dan video aktiviti serta melakukan suntingan sebelum memuat naik ke laman berkenaan.

“Pada saya, perbezaan usia antara saya dan DSV (22 tahun) tidak menjadi penghalang kerana yang penting adalah hati. Rupa pun bukan kerana ia hanya sementara. Dia mempunyai wawasan hidup yang jelas.

“Secara kebetulan, cita-cita dan impiannya sama dengan saya. Suka memberi, dia selalu mengajar saya untuk bersedekah. Dia jadi diri sendiri walau di mana pun berada.

“Seorang wanita yang setia, penyayang terhadap keluarganya dan sanggup berkorban demi lihat orang lain senang.

“Dia juga mudah menerima nasihat kerana menganggap saya lebih dewasa. Lagipun, saya lihat dia memerlukan seseorang yang boleh menjaganya. Saya tak tahu jika ada orang lain akan jaga dia sama macam saya,” katanya.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan lulusan Diploma Penulisan Kreatif daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut menafikan yang dia menumpang populariti DSV mahupun cuba mengambil kesempatan terhadap kekayaan jutawan berkenaan.

“Saya hanya menjalankan amanah yang diberikan kepada saya dan terkejut juga tiba-tiba diri saya tular di media sosial sedangkan saya jarang memuat naik aktiviti saya bersama DSV.

“Saya mahukan hubungan ini kekal lama dan bukan kebahagian yang bergantung kepada duit. Susah dia, orang tak nampak kerana hari-hari dia berusaha untuk naikkan jualan tetapi orang tak faham dan hanya mencaci. Jadi tak seronok bekerja,” katanya

Ahmad Iqbal dalam masa sama menyerahkan segalanya kepada takdir dan akan memikirkan sedalam-dalamnya sekiranya majikannya itu adalah jodohnya.

“Seandainya saya ada hati dan perasaan dengannya, biarlah, kerana pada saya itu tidak boleh dipaksa atau dinafikan. Apa yang penting saya tahu dengan amanah yang diberikan buat masa ini termasuk membantu dalam perniagaannya.

“Kalau hati betul-betul suka kami akan bincang untuk berkahwin, bukan jadi anak ikan kerana berkahwin itu halal, tetapi saya tetap kena berfikir panjang mengenai tohmahan yang akan diberikan,” katanya.

Sementara itu, DSV yang ketika ini berada di Makkah untuk menunaikan Umrah ketika dihubungi berkata, pemuda itu memahami dirinya dan berfikiran matang.

“Dia faham apa yang saya mahukan. Jaga media sosial saya dengan baik. Video dengan gambar, faham macam saya nak. Cepat siap. Ada didikan agama. Matang dalam berfikir walaupun usia 23. Tenang dan mudah mesra dengan semua orang termasuk rakan perniagaan.

“Ahmad Iqbal juga senang untuk dibawa ke mesyuarat. Tidak mengambil kesempatan. Saya tak ajar dia mewah kecuali barang keperluan kerja saya kena beli yang bagus. Seorang yang penyayang, faham jiwa saya, jaga solat, kesihatan, pakaian saya dan fikiran bisnes juga,” katanya.

Mengulas mengenai ciri-ciri yang ada pada Ahmad Iqbal yang melayakkan bekerja dengannya, DSV berkata, pemuda itu mempunyai kemahiran dan mudah menterjemahkan kemahuannya.

“Mestilah kelayakan bukan wajahnya. Dia boleh buat banyak benda. Saya dah lalui banyak kali perceraian. Keluarga pun dah serik sebenarnya. Mereka tidak mahu saya kahwin lagi dan minta fokus kepada perniagaan dan anak-anak.

“Tetapi saya tidak pernah menolak takdir Allah SWT jika saya bertemu jodoh yang faham saya, jaga saya dengan baik dan boleh buat bisnes sama-sama. Naluri perempuan, ingin dijaga, dibimbing… Allah SWT saja tahu macam mana hati saya,” katanya.

Dalam masa sama, DSV menafikan yang Ahmad Iqbal adalah anak ikannya seperti yang diperkatakan netizen di media sosial.

“Anak ikan? Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua. Saya muda dan kalau bergambar tu macam tak jauh (beza) antara saya dengan dia. Macam ada kematangan pada diri dia. Jadi anak ikan… tidaklah… mana ada.

“Saya bukan jenis ambil anak ikan. Amanah Allah SWT bagi, untuk apa saya pelihara benda macam ini. Walaupun saya gedik dan bukan alim, tapi saya tahu jaga diri. Dia sentiasa ada dengan keluarga saya. Nak bawa orang masuk dalam rumah bukanlah senang-senang.

“Saya kasihan baca komen negatif tapi Alhamdulillah dia tenang tapi terkesan juga apabila orang cakap saya tak sedar diri nak lelaki kacak muda saja. Buat skandal. Saya tahu ramai suka dia setiap kali pergi kemana-mana pun tetapi bukan alasan itu untuk berada di samping saya dan satu lagi, dia bukan penyebab perceraian saya,” katanya.



Sumber: Harian Metro


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post