Igauan Ngeri : Nafsu Serakah Tentera Myanmar “Sanggup” Potong Payudara Wanita2 Rohingya Buat Ramai TERPANA !!!

Igauan Ngeri : Nafsu Serakah Tentera Myanmar “Sanggup” Potong Payudara Wanita2 Rohingya Buat Ramai TERPANA !!!

Bongkar kekejaman tentera Myanmar bukan sahaja membunuh. Malah menjadikan wanita Rohingya sebagai alat pemuas nafsu.

Igauan Ngeri : Nafsu Serakah Tentera Myanmar “Sanggup” Potong Payudara Wanita2 Rohingya Buat Ramai TERPANA !!!
Igauan Ngeri : Nafsu Serakah Tentera Myanmar “Sanggup” Potong Payudara Wanita2 Rohingya Buat Ramai TERPANA !!!

SENTIASA diburu dan menjadi mangsa pemuas nafsu serakah askar Myanmar antara igauan ngeri golongan wanita Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Kejadian itu dialami, Shunabi, 25, yang menjadi mangsa rogol lima askar Myanmar ketika kampungnya diserang tentera sebelum ini.

“Kampung saya dibakar, sementara itu saya yang ketika itu tidak sempat melarikan diri diseret askar Myanmar.

“Saya dirogol dan selepas itu payudara saya dipotong, hampir setiap malam saya tidak dapat lelapkan mata, kesakitan itu dirasai sehingga kini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kem Pelarian Rohingya di Balukhali, Cox’s Bazar, Bangladesh.

Mujurlah katanya, dia tidak dibunuh sebaliknya dilepaskan.

ARTIKEL MENARIK: Ular Sawa 7 Meter Digoreng Dan Dimakan Selepas Gigit Penduduk

loading...

“Akhirnya selepas tentera pergi dari situ saya lari selamatkan diri,” katanya yang berjaya menaiki bot untuk ke sempadan Bangladesh.

Dalam pada itu, katanya antara kekejaman askar Myanmar adalah menembak kanak-kanak, selain membakar rumah.

“Ada juga anak jiran saya yang dibakar selepas mereka mencurahkan petrol ke badannya,” katanya.

Sementara itu Fattma,30, juga trauma dan mengalami alami nasib sama seperti Shunabi.

“Kami akan dipukul jika melawan, mereka (askar), perlakuan kami seperti haiwan, kami tiada nilainya bagi mereka,” katanya.

Kongsinya, tiada lagi tempat selamat bagi wanita untuk terus tinggal di bumi Myanmar.

“Kami sentiasa diburu, perasaan takut sentiasa menghantui kami…Jika tentera datang habislah kami semua,” katanya.

Balukhali yang juga antara kem pelarian tumpuan di Ukhia, Cox’s Bazar mempunyai lebih 48,000 pelarian Rohingya dengan lebih separuh darinya adalah pelarian yang baru tiba dari barat Myanmar sejak 25 Ogos lalu.

Askar Myanmar didakwa membakar rumah etnik Rohingya untuk menghalau mereka keluar dari negara majoriti penganut Buddha itu.

Sumber : SinarHarian & Era Barus


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post