KONTROVERSI! “Cakap Guna Akal Bukan Kepala Lutut Abah Kau!” – Izreen Kecewa, Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404

KONTROVERSI! “Cakap Guna Akal Bukan Kepala Lutut Abah Kau!” – Izreen Kecewa, Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404

TEATER Kontena 404 telah dipentaskan semalam, namun salah seorang daripada pelakonnya telah menarik diri daripada terlibat dalam teater tersebut.

KONTROVERSI! “Cakap Guna Akal Bukan Kepala Lutut Abah Kau!” – Izreen Kecewa, Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404
KONTROVERSI! “Cakap Guna Akal Bukan Kepala Lutut Abah Kau!” – Izreen Kecewa, Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404

Izreen Azminda telah membuat keputusan itu pada sekitar empat hari lepas kerana berasa terkilan dengan sikap pihak produksi DBI Entertainment yang dianggap bersikap tidak acuh.
Berita penarikan diri itu telah dikhabarkan menerusi akaun Instagram miliknya.

ARTIKEL MENARIK: "Saya terkejut dengan tindakan Emma" - Zahirah Macwilson

loading...





Ibu kepada seorang anak itu yang juga merupakan duta artis barangan penjagaan diri di bawah kumpulan syarikat DBI.

Katanya, pihak berkenaan terbabit telah berjanji untuk menjelaskan bayaran kepadanya sebagai duta produk sebelum memulakan latihan teater tersebut, tetapi sehingga kini semuanya hanya tinggal janji palsu.

“Bagi teater ini, saya tidak kisah apabila mereka menawarkan saya bayaran rendah, dengan syarat DBI perlu menjelaskan bayaran saya sebagai wakil produk syarikat itu.

“Pada mulanya, mereka berjanji akan menyelesaikan bayaran saya sebagai duta produk sebelum 15 Oktober, tetapi sehingga ke hari ini ia hanya janji kosong,”katanya dipetik daripada BH Online.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga mendakwa pekerja syarikat terbabit tidak memiliki etika dalam pekerjaan serta mempunyai masalah dalam berkomunikasi.

Walaupun dia sendiri memahami mengenai isu penangkapan Datuk Boy Iman baru-baru ini, tetapi sebagai rakan artis yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan pihak tersebut, dia sentiasa bersikap terbuka dalam apa jua perkara yang berlaku.

Namun, bagi pelakon drama Tukar-Tukar Menu itu, dia terpaksa menarik diri daripada teater tersebut kerana kecewa dengan janji palsu yang ditawarkan serta sikap pekerja yang tidak beradab itu.

“Pekerja syarikat itu langsung tiada adab ketika bercakap. Kalau mereka cakap elok-elok dan jelas, saya masih lagi boleh ‘beri muka’. Tetapi cara mereka langsung tidak menghormati saya,”tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, wakil DBI pula enggan memberi ulasan lanjut mengenai isu yang dibangkitkan oleh Izreen malah mereka mengesahkan hanya mengenai penarikan diri pelakon etrsebut.

Teater Kontena 404 telah dipentaskan bermula semalam hingga Ahad ini di Lambang Sari, Istana Budaya.

Antara pelakon lain yang turut digandingkan ialah Miera Leyana, Adam Shahz, Tauke Jambu, Rani Kulup dan Adam AF serta teater ini telah diarahkan oleh Raja Azrey.

Sumber - http://www.soyalemon.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post