Nur Fatin Akhirnya Hembus Nafas Terakhir

Nur Fatin Akhirnya Hembus Nafas Terakhir

Penumpang van kilang yang terbabit dalam kemalangan dengan Perodua Myvi Selasa lalu, meninggal dunia hari ini.

Nur Fatin Akhirnya Hembus Nafas Terakhir
Nur Fatin Akhirnya Hembus Nafas Terakhir

Mangsa, Nur Fatin Sharip, 20, menghembuskan nafas terakhir pada 5.24 pagi ini selepas lebih 72 jam menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Dalam kemalangan 5.55 pagi di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth, dekat Kampung Padang Buluh,Tikam Batu, Sungai Petani itu, van kilang dinaiki Nur Fatin dan 13 rakan serta pemandu bertembung dengan kereta Perodua Myvi yang masuk ke laluan bertentangan.

Akibat kejadian itu, Nur Fatin yang parah di kepala, dikejarkan ke HSAH, manakala rakannya Nur Izaty Syazwani Zamri, 20, dan pemandu kereta Myvi, Mohamad Fakhurazzi Samsudin, 30, maut di tempat kejadian.

ARTIKEL MENARIK: 3 Parah & 2 Putus Kaki. Tragis LETUPAN Di Tapak Pembinaan MRT Buat Ramai TERPANA !!!

loading...

Abang mangsa Mohamad Nizam Radzi, 41, berkata, Nur Fatin meninggal dunia pagi tadi selepas empat hari tidak sedarkan diri akibat kecederaan teruk di kepala.

“Nur Fatin yang tidak sedarkan diri, pada mulanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa kelmarin namun keadaannya masih sama.

“Namun pada 5 pagi tadi, jururawat memberitahu keadaan Nur Fatin semakin tenat sebelum meninggal dunia selepas itu malah kami sekeluarga tidak menyangka arwah pergi buat selama-lamanya.

“Saya dan keluarga reda dengan ketentuan Allah kerana apa yang berlaku sudah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi tadi.

Selasa lalu melaporkan dua maut manakala sebelas cedera, termasuk dua parah selepas kereta rempuh van kilang.

Van kilang itu dikatakan bergerak dari Sungai Petani manakala Perodua Myvi dari Tikam Batu.

Senarai mangsa kemalangan di Tikam Batu, Sungai Petani.

1. Rizal Zul Izzaham Mohd Ridzuan, 31, (pemandu van – parah)

2. Nur Aliayah Isa,20, (parah)

3. Suriantih Lapanca,24, (parah)

4. Rosita Abdullah

5. Nurul Hanis Desa

6.Nur Asmah Hamid

7.Siti Nur Faizah Fidzon

8. Fatimatul Ainsyah Che Ya

9. Nurul Izani Ahmad,23,

10. Nur Azira Md Nasir,21

11. Nur Izaty Syafinaz Zamri,20 (maut)

12.Mimi Syazwani Ahmad Fuzi,19.

13.Nur Fatin Sharip,20.

14. Nur Sarah Abdullah,20.

15. Mohamad Fakhurazzi Samsudin, 30, pemand Myvi (maut)

Sumber - eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post