“Ready gais, kami ada hadiah ini untuk negara J” – Wanita lapor polis, video pegang mercun tular sampai dikecam

“Ready gais, kami ada hadiah ini untuk negara J” – Wanita lapor polis, video pegang mercun tular sampai dikecam

Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.

“Ready gais, kami ada hadiah ini untuk negara J” – Wanita lapor polis, video pegang mercun tular sampai dikecam
“Ready gais, kami ada hadiah ini untuk negara J” – Wanita lapor polis, video pegang mercun tular sampai dikecam

Video berdurasi selama 13 saat itu memaparkan salah seorang wanita berkenaan memegang mercun bola dengan keterangan yang bertulis ‘ready gais, kami ada hadiah ini untuk negara J’.

Tindakan itu menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen mengecam tindakan mereka dengan mengaitkan dengan insiden di Stadium Perak, di sini dan telah dikongsi sebanyak 209 perkongsian dan lebih 8,000 dilihat.

ARTIKEL MENARIK: Kawan Sekerja “Suami Orang” Ajak Tengok Wayang. Balik Je Tiba² Aku Jd Tak Tentu Arah. Rupa²Nya….

loading...

Bagaimanapun, wanita berusia 20an itu telah membuat satu laporan di Balai Polis Seri Iskandar menafikan kaitan dengan insiden itu selain bimbang akan keselamatannya setelah menerima kecaman daripada pemilik facebook yang tidak dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan dan keterangan telah diambil daripada wanita terbabit.

“Wanita berkenaan menafikan mereka ke Stadium Perak ketika kejadian. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan dirujuk ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Ipoh ,” katanya.



Sumber: Sinar HarianCantikSikit.com



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post