'Semua Benda Nak Tunjuk, Patutlah Hidup Tak Tenteram' - Netizen Kecam Dato' Aliff Syukri

'Semua Benda Nak Tunjuk, Patutlah Hidup Tak Tenteram' - Netizen Kecam Dato' Aliff Syukri

Dua jam yang lalu, jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik gambar penyata KWSP miliknya di Facebook dengan kapsyen kata-kata motivasi agar orang ramai sentiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan mereka yang sudah berjaya.

'Semua Benda Nak Tunjuk, Patutlah Hidup Tak Tenteram' - Netizen Kecam Dato' Aliff Syukri
'Semua Benda Nak Tunjuk, Patutlah Hidup Tak Tenteram' - Netizen Kecam Dato' Aliff Syukri

"Apabila ada kawan korang posting menggambarkan kejayaan dan motivasi, berilah sokongan, doakan kejayaan beliau supaya kamu juga didoakan orang ataupun malaikat. Bukan dok mengutuk.

"Sebenarnya banyak lagi sisi kegagalan, luka, kesedihan dan kejatuhan yang membebani beliau. Cuma ramai yang nampak sisi kejayaan sahaja. Semuanya disimpan dan ditelan sendiri, yang sukar diungkapkan.

"Berkat simpanan duit gaji saya, Alhamdulillah. Thanks KWSP. Boleh bayar deposit rumah penhouse saya di Pavillion," tulisnya.

ARTIKEL MENARIK: Shahir Tetap Nafi Pramugari Firefly Ialah Kekasihnya, Bakal Kahwini Erra Tidak Lama Lagi

loading...


22492042_1473364959447509_29687657630483
Bagaimanapun, ayat terakhirnya itu mengundang rasa kurang senang netizen yang menganggap Dato' Aliff sengaja menunjuk-nunjuk kekayaannya di media sosial.



1.jpg

2.jpg

3.jpg


Walaupun begitu, ada segelintir netizen yang meminta netizen yang lain berfikiran positif di mana mungkin Dato' Aliff hanya sekadar mahu berkongsi kegembiraan dia dengan peminatnya bagaimana dia bangkit dari kegagalan.

Sebelum ini, Dato' Aliff pernah meluahkan rasa kecewanya apabila permohonan menggunakan cermin gelap pada beberapa buah keretanya ditolak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.

Katanya, dia amat berharap PDRM dapat meluluskan permohonannya itu kerana hidupnya tidak tenteram selain bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Bagaimanapun di media sosial, netizen menasihatkan Dato' Aliff berhenti dari terus menerus 'menayangkan harta' di media sosial bagi mengelakkan diri dan keluarga menjadi ancaman penjenayah.

Sumber: The Reporter


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post