(AL-FATIHAH) Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

(AL-FATIHAH) Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Takziah kami ucapkan kepada pelakon Zul Ariffin yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir yang meninggal dunia antara jam 3.40 – 4.00 pagi tadi akibat serangan jantung di kediaman kakak Zul terletak di Sungai Penchala, Damansara.

(AL-FATIHAH) Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
(AL-FATIHAH) Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Menurut Zul, ibunya tidak menunjukkan sebarang petanda sebelum serangan jantung berlaku. Zul bagaimanapun sudah redha dengan pemergian ibunya itu.

ARTIKEL MENARIK: Norshila Amin Angkat Sumpah Laknat Isu Tipu Duit Artis

loading...


Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung. Apapun, saya redha dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin.
Difahamkan, jenazah ibu Zul akan disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail dan akan dikebumikan selepas solat Zuhur.





Umum mengetahui Zul memang sangat rapat dengan ibunya dan semoga beliau dan keluarga tabah dengan kehilangan seorang ibu yang banyak berjasa dan berkorban demi anak-anak tercinta. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post