Inilah Perkembangan Terbaru Misteri Kehilangan Anita Sarawak

Inilah Perkembangan Terbaru Misteri Kehilangan Anita Sarawak

Menurut Forum Cari, Anita Sarawak bersama suaminya, Mohamad Mahathir Abdullah didedahkan telah menjual rumah lama mereka di Las Vegas pada 31 Julai 2017 dengan harga USD350,000.

Inilah Perkembangan Terbaru Misteri Kehilangan Anita Sarawak
Inilah Perkembangan Terbaru Misteri Kehilangan Anita Sarawak

Rumah tersebut dibeli oleh pasangan itu pada tahun 1991 dengan harga USD184,400.

ARTIKEL MENARIK: Stacy Sedia Bangkit Rampas Mahkota? Stacy Dedah Perangai Akim Sanggup Beli Sesuatu Untuk Dapat Balik Mutu Nyanyiannya Setelah Bersalin.. Tak Sangka Akim Sanggup..

loading...

Tidak lama kemudian, mereka dilaporkan telah membeli sebuah rumah baru di Las Vegas dengan harga USD326,509 pada 4 Oktober 2017. Kediaman berkenaan yang masih belum siap dibina terletak sekitar 22 minit dari Las Vegas Strip.

Laporan itu juga membuktikan berita perceraian pemilik nama sebenar Ithnaini M Taib atau 'Kak Nita' dengan Mahathir adalah suatu fitnah semata-mata. Turut dilampirkan ialah bukti bertulis bahawa Kak Nita hanya pernah melalui proses perceraian selama sekali sahaja pada tahun 1999, iaitu dengan bekas suaminya, James Dean Nicholas.

Sebelum ini, industri hiburan digemparkan dengan kehilangan Kak Nita secara mendadak pada tahun 2013. Beliau bersama suaminya berpindah ke Las Vegas bagi mempunyai sebuah kehidupan yang lebih privasi. Pada tahun 2015, Anita akhirnya disahkan sudah bersara sebagai penyanyi dan kini bergiat aktif dalam bidang hartanah. Beliau juga pernah melalui proses pembedahan bagi merawat tulang belakangnya pada tahun 2013.

Sumber berita:
5. https://iluminasi.com


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post