"Letak Nama Anak Ikut Sedap Sebut, Tapi Maksud?,'' Pegawai Pej. Agama Kongsi Kesilapan Ramai Ibu Bapa Dalam Letak Nama Anak

"Letak Nama Anak Ikut Sedap Sebut, Tapi Maksud?,'' Pegawai Pej. Agama Kongsi Kesilapan Ramai Ibu Bapa Dalam Letak Nama Anak

Memberikan nama kepada anak kecil yang baru dilahirkan adalah sesuatu perkara yang wajib. Maksud nama tersebut mestilah maksud nama-nama yang baik seperti nama-nama Nabi, nama para sahabat dan nama tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang tersohor.

"Letak Nama Anak Ikut Sedap Sebut, Tapi Maksud?,'' Pegawai Pej. Agama Kongsi Kesilapan Ramai Ibu Bapa Dalam Letak Nama Anak
"Letak Nama Anak Ikut Sedap Sebut, Tapi Maksud?,'' Pegawai Pej. Agama Kongsi Kesilapan Ramai Ibu Bapa Dalam Letak Nama Anak

Memberikan nama dengan maksud yang baik, dengan izin Allah akan memberikan sifat dan identiti untuk anak tersebut berdasarkan nama yang diberi.

ARTIKEL MENARIK: Budak Perempuan Kacuk Amerika Korea Ini Di Ramal Akan Menjadi Juara Ratu Cantik. Jangan Terkejut Apa Yang Gadis Ini Buat (9 Gambar)
loading...

Seorang pengguna Facebook yang bernama Nizam Nasir telah berkongsi pengalaman beliau sebagai kakitangan Pejabat gama Islam daerah Tumpat bahawa ada seorang pelanggan datang ke pejabatnya untuk memohon sokongan bagi menukar nama anaknya.

Beliau juga turut menyelitkan beberapa info tentang panduan untuk memberikan nama kepada anak. Tambahan lagi, beliau dalilkan info yang dikongsi dengan kisah nabi dan juga pendapat Ulamak.

nama-anak-laki-laki-730x430.jpg

Perkongsian ini sangat bermanfaat, terutama kepada pasangan yang baru sahaja ingin menimang cahaya mata yang pertama. Boleh lah pilih nama yang sesuai sebelum anak kesayangan itu dilahirkan.

Jom ikuti info dan panduan untuk memberi nama anak yang ringkas dan sangat bermakna.

Panduan memberi nama anak dlm Islam.

Kebetulan ada seorang pelangan datang ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.

Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yg buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payah la nak tukar-tukar.

Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak tu fikir-fikirkan lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang-panjang. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yangg hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee. Naya anak tu nak tulis nama dia. Nak- nak bila isi borang. Tak cukup kotak pulak nak letak huruf.

nama-bayi-perempuan-islami-modern.png

Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yg lain kata pada hari pertama. Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yg tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke-7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.

Nama ni sbnrnya penting kerana nabi bersabda kamu akn diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.

Antara nama-nama elok yang boleh kita beri nama ialah sprt nama nabi-nabi, dan nama asma ul Husna. Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu. Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik2 nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.

Ada org tanya saya, ada ke apa-apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan? Org Melayu ni sangat sinonim nak letak nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Sy kata takdak fadhilat apa-apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalaa amalan, rajin2 la berselawat dan buatla seperti mana yg nabi ajar. Itu baru betul. Nak dpt syafaat ni memang tak ada kaitan dengan nama pun.

Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dgn nama malaikat? Kan nak nampak hebat letak ja nama anak Nik Mikhail. 
853-nama-bayi-muslim-5-638.jpg
Mengikut Ulamak Syafieyah nak letak nama anak dengan nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasukla Imam Malik sendirii.

Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni :

1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.

2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih.

3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.

4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, sy ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabt lain panggil nama dia Abg zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok . 

Nama-Bayi-Perempuan-islami-modern.jpg

5. Ada juga nama yg membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.

Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yg Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.

6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akn letak nama kelantani.

7. Ada juga nama yg nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.

8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati² lah ye.

Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka. Sekian dulu.

Kemaskini


ddd.jpg
Sumber: Nik Nizam Nasir via Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post