Selepas Fathia Dan Sheila Majid Teruk Dikecam Netizen. Kini Giliran Adibah Noor Pula 'Buka Mulut'

Selepas Fathia Dan Sheila Majid Teruk Dikecam Netizen. Kini Giliran Adibah Noor Pula 'Buka Mulut'

Apakah wujud undang-undang tertentu yang mewajibkan golongan selebriti bercakap tentang ruang lingkup seni dan hiburan semata-mata?

Selepas Fathia Dan Sheila Majid Teruk Dikecam Netizen. Kini Giliran Adibah Noor Pula 'Buka Mulut'
Selepas Fathia Dan Sheila Majid Teruk Dikecam Netizen. Kini Giliran Adibah Noor Pula 'Buka Mulut'

Mungkin inilah yang bermain dalam pemikiran pelakon dan penyanyi Adibah Noor selepas melihat beberapa selebriti diserang hanya kerana menyatakan pendapat berkenaan isu semasa dan politik.

ARTIKEL MENARIK: “Kepala bapak hang Puteri Umno!” – Netizen Hentam Dira Abu Zahar ‘Sound’ Fathia Latiff

loading...

Malah serangan yang dilontarkan kepada mereka kebanyakannya bernada sama pula, kata Adibah lagi.

"Bila artis bersuara, mulalah depa guna template yang sama untuk hentam artis itu cukup-cukup.


"Artis itu akan dilabel propembangkang, 'bukan bidang kau maka jangan nak pandai-pandai', dah sendumaka nak cari publisiti murahan," katanya di Twitter sebentar tadi.

Segala serangan itu, kata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu lagi, seolah-olah menggambarkan mereka tiada hak langsung untuk bersuara.

1.jpeg

Pada 5 Disember lalu, penyanyi terkenal Sheila Majid meluahkan pandangannya tentang keadaan ekonomi negara seperti nilai ringgit yang lemah serta harga barang yang mahal, yang menyebabkan rakyat merasa marah.

Sheila juga menggesa pihak yang bertanggungjawab agar berhenti berdolak-dalih, sebaliknya menumpukan perhatian untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Keluhan Ratu Jazz Malaysia di Twitter itu mengundang reaksi ramai, termasuk selebriti dan ahli politik, termasuk reaksi negatif yang bernada keras.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkannya sebagai "meroyan" akibat sudah terbiasa hidup mewah, manakala Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa pula berkata Sheila bukan padar ekonomi, bukan bidangnya untuk memberi pandangan dan tidak mendapat maklumat yang tidak tepat.

2.jpeg
Sebelum itu, tindakan pelakon Fathia Latiff membela Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu urus niaga tukaran wang asing (forex) pada 1990-an mengundang peringatan pegawai Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor, agar golongan seni tidak menjadi alat pembangkang.

Selebriti juga mengundi

Di sebalik serangan terhadap selebriti, Adibah berkata rakyat yang mengikuti pandangan mereka bijak membuat penilaian sendiri.

"Anda tahu, ramai netizen yang baca ruang komen itu adalah jauhari dan pengundi berdaftar," katanya lagi.

Membalas twit Adibah, pengacara Daphne Iking berkata selebriti juga adalah pengundi yang perlu tahu tentang perjalanan pentadbiran negara dan anggota parlimen mereka.

Namun merujuk kepada kenyataan Sheila secara khusus, beliau tidak merasakan ia sebagai "mencampuri hal-ehwal politik".

"Mereka kata penghibur tidak harus campur hal-ehwal politik. Jika mereka merujuk kenyataan Ratu Jazz, dia tidak (membuat kenyataan politik). Tetapi mereka tetap cakap dia melakukannya," katanya lagi.

Semalam, Daphne di Twitter berkata Sheila mempunyai hak untuk bersuara, sama seperti rakyat Malaysia yang berhak untuk mengundi.

"Jika anda gembira atau tidak gembira dengan pentadbiran sedia ada, jadikan undi anda bernilai," katanya lagi.

Sumber: https://www.malaysiakini.com


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post