(Video) Lelaki Dan Wanita Suspek Kes Langgar Dan Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Ditahan Reman Seminggu

(Video) Lelaki Dan Wanita Suspek Kes Langgar Dan Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Ditahan Reman Seminggu

Reman seorang lelaki dan seorang wanita suspek kes bunuh tikam dan langgar di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, Ahad lalu selama seminggu bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

(Video) Lelaki Dan Wanita Suspek Kes Langgar Dan Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Ditahan Reman Seminggu
(Video) Lelaki Dan Wanita Suspek Kes Langgar Dan Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Ditahan Reman Seminggu

Reman tujuh hari tersebut bermula pada hari ini bagi membantu siasatan pembunuhan tragik tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Noor Aisyah Ahmad.

ARTIKEL MENARIK: Cinta Terlarang Berakhir Di Dalam Semak-Semak, Keduanya Membusuk Tanpa Seluar Dan Baju!

loading...


Manakala 4 lagi lelaki yang ditahan sebelum ini akan ditahan reman sehingga 27 Disember ini. Kesemua suspek lelaki yang berusia dalam linkungan 20-an ditahan di sekitar Johor Bahru, pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, mendiang mangsa pembunuhan tersebut dibawa untuk disemadikan di Taman Peringatan Jelutong, Melaka, 9.50 pagi selepas tiga hari berada di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor Bahru.

Terdahulu, negara digemparkan setelah tersebarnya sebuah rakaman pendek yang menunjukkan seorang lelaki di tarik masuk ke dalam kereta. Lelaki tersebut kemudian dipercayai telah ditikam sebelum sebuah kereta BMW berwarna putih yang dinaiki suspek bertindak melanggar mangsa beberapa kali. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kejadian tersebut berpunca darpada perselisihan faham dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap.


Sumber : myMetro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post