Pernah Tak Korang Tahu, Filem Malaysia Yang Memaparkan Aksi Agak Melampau Tapi Tetap Lulus Tayang Oleh FINAS!!

Pernah Tak Korang Tahu, Filem Malaysia Yang Memaparkan Aksi Agak Melampau Tapi Tetap Lulus Tayang Oleh FINAS!!

Filem Melayu kita pun dah makin berani cuba masukkan sikit demi sikit babak2 lucah dalam filem yang mereka buat. Walaupun LPF dah sediakan guidelines untuk sebarang filem yang ingin diterbitkan tapi ada jugak penerbit dan director yang degil.

Pernah Tak Korang Tahu, Filem Malaysia Yang Memaparkan Aksi Agak Melampau Tapi Tetap Lulus Tayang Oleh FINAS!!
Pernah Tak Korang Tahu, Filem Malaysia Yang Memaparkan Aksi Agak Melampau Tapi Tetap Lulus Tayang Oleh FINAS!!

Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

ARTIKEL MENARIK: "Ketika Kemalangan, Darah Keluar Tak Henti" - Chacha Maembong Kemalangan Jalan Raya

loading...

Laga (2014)

LAGA-POSTER_FINALcropSMALL.jpg?resize=44


Mengisahkan tentang masyarakat di sebuah kampung yang gemar bermain perjudian laga ayam sehingga masa mereka banyak dihabiskan di gelanggang laga ayam. Bagi mereka, permainan judi laga ayam ini seakan-akan melambangkan maruah diri mereka.

Disebabkan itu juga, Hassan Laga (Wan Hanafi Su) akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan gelarannya itu sehingga sanggup mempertaruhkan isterinya iaitu Su (Marsha) kepada orang kaya Dasuki (Nasir Bilal Khan) dalam salah satu perjudian di gelanggang laga ayam.

Spinning Gasing (2001)

Spinning_gasing_01.jpg?resize=450%2C646


Versi asal Spinning Gasing pada mulanya telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Pengharaman filem ini ditarik balik selepas ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia. Untuk tayangan di pawagam Malaysia, terdapat 25 adegan yang tidak diluluskan. Rayuan untuk mengurangkan jumlah potongan telah ditolak oleh LPF.

Antara babak yang ditapis: Adegan pencegah maksiat menyerbu hotel; Yati dan Harry berendam di dalam laut; Adegan dan dialog lucah & sensitif. Untuk versi cakera padat video, filem ini telah diluluskan sepenuhnya tanpa sebarang tapisan.







Embun (2002)

Embun.jpg?resize=400%2C525


Embun ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia berunsurkan drama, peperangan dan romantis yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2002 (iaitu dibuka pada 1 Ogos, kebetulannya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ketika itu). Filem arahan Erma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida,Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia.

Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Babak lucah apabila embun dirogol bergilir-gilir oleh askar Jepun.

KL Gangster 2 (2013)

MV5BMjBlMDcwZDYtNGRhYi00MDVkLTk4NTgtZGMy


KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Ady Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Pelbagai aksi lucah termasuk di kelab malam dan paling mengejutkan adegan rogol Tailong ke atas Zati dihadapan abangnya Jai.

Tapi sekarang Syamsul dah tak buat filem-filem macam ni. Alhamdulillah.

Remp-It (2006)

Rempit-poster.jpg?resize=262%2C378


Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin.

Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli motosikal Yamaha Y125Z baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi. Suatu hari, Madi dicabar Spark dan mereka beradu kecekapan. Malangnya, Madi kalah. Lebih mengharukan, Madi dipukul dan motosikal kesayangannya dibakar.

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)

Bohsia.jpg?resize=818%2C1158


Bohsia mengisahkan dua remaja Amy (Salina Saibi) dan Tasya (Nabila Huda) yang tidak mempunyai pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna. Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam (Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya walaupun sebenarnya ingin menjadikan Amy sebagai pelacurnya.

Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah (Diana Danielle) selepas beberapa bulan berkenalan di dunia siber. Dia membohongi Aisyah mengenai latar belakangnya. Tasya yang berang dengan pengkhinatan dan cercaan Muz, merelakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri.

Mencari Cinta (2013)

8660785398_65c99ebd88_o.jpg?resize=678%2


Filem Mencari Cinta sebuah filem bergenre romantik komersial lakonan hebat dari Nora Danish, Rusdi Ramli, Riezman Khuzaimi, Fauziah Gous dan Connie Ahmad tiba-tiba menjadi trending terkini dan menjadi buah mulut ramai. Diarahkan oleh Shirin Hj Khuzaimi terbitan Armnet Integrated dan Madiera Red Movie Associates, filem ini dikatakan memaparkan aksi-aksi panas dari hero dan heroin filem tersebut dan ada yang kata pula Nora Danish berbogel dalam filem itu.

Sumber dari Youtube :


Sumber: BijokTerlajok

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post