Ramai Netizen Tertanya-tanya Kenapa Lelaki Ini Ditetak Sehingga Mati Oleh 4 Individu Indonesia? Rupa-rupanya Ini Punca Sebenar Yang Buat Netizen Terkejut…

Ramai Netizen Tertanya-tanya Kenapa Lelaki Ini Ditetak Sehingga Mati Oleh 4 Individu Indonesia? Rupa-rupanya Ini Punca Sebenar Yang Buat Netizen Terkejut…

4 WARGA INDONESIA SEMBELIH SEORANG LELAKI TEMPATAN DI PASAR MALAM.

Ramai Netizen Tertanya-tanya Kenapa Lelaki Ini Ditetak Sehingga Mati Oleh 4 Individu Indonesia? Rupa-rupanya Ini Punca Sebenar Yang Buat Netizen Terkejut…
Ramai Netizen Tertanya-tanya Kenapa Lelaki Ini Ditetak Sehingga Mati Oleh 4 Individu Indonesia? Rupa-rupanya Ini Punca Sebenar Yang Buat Netizen Terkejut…

SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan maut selepas ditetak sekumpulan empat lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pasar malam di Seksyen 25, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya dimaklumkan kira-kira jam 9.05 malam tadi, mengenai satu kejadian seorang mangsa dikelar di leher di kawasan Pasar Malam Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nor Syazrin Rasdi, berusia 29 tahun dan berasal dari Kupang, Kedah.

“Hasil siasatan awal, kami mendapati ketika si mati bersama seorang wanita tempatan berusia 26 tahun dan dua pekerjanya dari warga asing sedang berniaga barangan kosmetik di pasar malam itu, tiba-tiba datang empat lelaki disyaki warga Indonesia.

ARTIKEL MENARIK: Inilah 10 Kes Jenayah Paling KEJAM Dalam Sejarah Malaysia ! Jangan TERKEJUT Dengan No.8 Tu !

loading...



“Kumpulan itu tidak dikenali mangsa dan mereka menyerang si mati dengan menggunakan pisau sebelum melarikan diri.
“Mangsa yang luka di leher, mati di tempat kejadian manakala seorang daripada pekerja warga Indonesia yang cuba membantunya luka di kepala sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi.
Shafien berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis percaya mangsa yang maut adalah pemilik gerai menjual kosmetik itu.
Katanya, lelaki itu baru pertama kali berniaga di tapak pasar malam ketika kejadian berlaku.
Beliau berkata, polis menahan wanita tempatan itu dan seorang lagi pekerja warga Indonesia yang berada di lokasi untuk siasatan lanjut.
“Pada ketika ini, polis masih mencari suspek serta senjata yang digunakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Beritaharian
Seorang peniaga barangan kosmetik maut selepas ditetak empat lelaki dipercayai warga asing di tapak pasar malam Seksyen 25 di Shah Alam malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 malam itu, mangsa Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, mati di tempat kejadian akibat kecederaan di leher.
“Mangsa merupakan peniaga barangan kosmetik, semasa beliau bersama tiga lagi pekerjanya sedang berniaga datang empat lelaki dipercayai warga Indonesia menyerang mangsa dengan pisau, mangsa yang cedera di leher mati di tempat kejadian, penyerang kemudian melarikan diri.
“Seorang pekerja mangsa yang cuba membantu mangsa turut mendapat kecederaan di kepala dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya polis sedang memburu empat individu terbabit berhubung kes itu.
Shafien berkata polis turut menahan dua pekerja mangsa iaitu seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita tempatan untuk membantu siasatan.
“Motif kejadian sedang disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.- Bernama
Video : sumber sinartv
Sumber: Beritaharian/bernama/ Siakapkeli
via wherewithalife
Sumber: http://www.siakapkeli.my/2018/01/lelaki-maut-maut-dikelar-depan-rakan.html?m=1

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post