(Video) Nenek Maut Ditembak Bertubi-tubi Tanpa Belas Kasihan..

(Video) Nenek Maut Ditembak Bertubi-tubi Tanpa Belas Kasihan..

NEW DELHI – Penduduk desa Sorkha di daerah Meerut dilanda panik dan ketakutan selepas tiga lelaki menembak mati seorang wanita warga emas di luar rumahnya, kelmarin.

(Video) Nenek Maut Ditembak Bertubi-tubi Tanpa Belas Kasihan..
(Video) Nenek Maut Ditembak Bertubi-tubi Tanpa Belas Kasihan..

Sebelum wanita malang itu dibunuh, penyerang terlebih dahulu menembak mati anak lelakinya beberapa ratus meter dari kediaman mereka.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari ketika mangsa dan rakannya sedang berehat, namun rakan wanita itu tidak dicederakan.

ARTIKEL MENARIK: [Video] Bangunan KWSP terbakar

loading...

Polis berkata, penyerang melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.





Pembunuhan Nichettar Kaur, 60, sempat dirakam CCTV yang dipasang di kawasan kediamannya dan menjadi tular di media sosial.

Menurut polis, mangsa dan anak lelakinya dikenali sebagai Balmendra, 28, adalah saksi penting dalam kes pembunuhan suaminya pada 2016.

Dua beranak itu dijangka memberi keterangan di mahkamah dalam waktu terdekat.

“Isteri mendiang Balmendra sudah membuat laporan polis, dalam laporannya pembunuhan itu didalangi tiga penduduk kampung tersebut,” kata jurucakap polis Manjil Saini. – India Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post