Wanita Cuba Sedaya Upaya Lepaskan Diri Dari Keranda Selepas 11 Hari Dikebumikan, Tetapi Akhirnya…

Wanita Cuba Sedaya Upaya Lepaskan Diri Dari Keranda Selepas 11 Hari Dikebumikan, Tetapi Akhirnya…

Setiap yang hidup pastinya akan mati dan setiap yang mati pastinya akan disemadikan. Namun lain pula yang telah terjadi baru-baru ini apabila ‘mayat’ yang dikebumikan rupa-rupanya masih hidup.

Wanita Cuba Sedaya Upaya Lepaskan Diri Dari Keranda Selepas 11 Hari Dikebumikan, Tetapi Akhirnya…
Wanita Cuba Sedaya Upaya Lepaskan Diri Dari Keranda Selepas 11 Hari Dikebumikan, Tetapi Akhirnya…

Baru-baru ini, menurut The Sun, seorang wanita yang telah disahkan meninggal kembali hidup dan bertarung nyawa di dalam keranda selepas 11 hari disemadikan di tanah perkuburan dekat Riachao das Neves, Brazil.

ARTIKEL MENARIK: Lepas Tangkap Pasangan Berkhalwat, Pegawai Agama Pula Rogol Gadis 14 Tahun

loading...

1.jpg

2.jpg

Wanita yang dikenali sebagai Rosangela Almeida dos Santos ini dilaporkan dengan sedaya upaya cuba melepaskan dirinya dari keranda yang telah dipaku rapi dan dikebumikan di dalam konkrit. Namun malangnya, wanita berusia 37 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kerana lambat diselamatkan.


Difahamkan, penduduk di sekitar tanah perkuburan itu telah terdengar bunyi dari tempat Rosangela disemadikan selepas 11 hari dan memaklumkan kepada keluarganya. Seramai 500 orang datang untuk melihat, merakam dan menyelamatkan Rosangela.

3.jpg

Mayat Rosangela masih panas, tak sejuk langsung.”

Selain itu, kedua-dua belah tangan dan dahi mangsa didapati mengalami kecederaan dipercayai sewaktu cuba melepaskan diri dari keranda tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga dijumpai dalam keadaan berdarah kerana kecederaan yang dialaminya selepas cuba mengumpil paku dari keranda tersebut.

“Dia cuba buka pintu keranda. Paku di keranda pun dah longgar.”

Natalina Silva, penduduk di kawasan tersebut memberitahu bahawa dia telah terdengar bunyi ketukan dari dalam keranda dan menganggapnya sekadar gurauan daripada kanak-kanak yang sering bermain di kawasan itu. Walau bagaimanapun, dia kemudian terdengar bunyi orang mengerang sebanyak dua kali sebelum suasana bertukar sunyi.

Pada awalnya, Rosangela telah disahkan meninggal dunia kerana septic shockdan serangan jantung. Pengebumiannya telah diadakan dan dia telah disemadikan semula pada 28 Januari 2018 oleh ahli keluarganya.

4.jpg

5.jpg

Pihak polis dilaporkan telah mula menjalankan siasatan selepas mendapat aduan daripada ahli keluarga Rosangela. Mereka kini sedang giat soal siasat dan mendapatkan dokumen yang sepatutnya daripada pihak hospital.

Macam mana boleh silap kebumi ni alahaiiii….

Sumber: Lobakmerah.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post