"Dia Kini Habiskan Hidupnya Berkhidmat Di Masjid Dan Berdakwah," Ustaz Ebit Lew Dedah Siapakah Gerangan Pakcik Ini, Orang Hebat Rupanya

"Dia Kini Habiskan Hidupnya Berkhidmat Di Masjid Dan Berdakwah," Ustaz Ebit Lew Dedah Siapakah Gerangan Pakcik Ini, Orang Hebat Rupanya

Sebelum ini tular sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang lelaki berjubah dituduh gatal atau 'pervert' selepas dikatakan dia cuba mengambil kesempatan terhadap seorang wanita di sebelahnya.

"Dia Kini Habiskan Hidupnya Berkhidmat Di Masjid Dan Berdakwah," Ustaz Ebit Lew Dedah Siapakah Gerangan Pakcik Ini, Orang Hebat Rupanya
"Dia Kini Habiskan Hidupnya Berkhidmat Di Masjid Dan Berdakwah," Ustaz Ebit Lew Dedah Siapakah Gerangan Pakcik Ini, Orang Hebat Rupanya
Ternyata apa yang ditularkan itu hanya sedikit berbanding kisah yang berlaku sebenarnya, kerana video pendek dimuatnaik netizen itu membuatkan pak cik berjubah itu dimaki, dihina dan ada netizen yang melepaskan perasaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Allah itu Maha Besar, disebalik ujian melanda pak cik itu, saksi-saksi yang berada di tempat kejadian telah tampil mempertahankan pak cik ini, mereka menceritakan satu persatu termasuk dari rakan yang bukan Muslim seperti Saudara Ramesh De Ram rupanya pak cik itu hanya mahu menarik jubahnya dimana wanita berkenaan telah terduduk atas jubahnya.

ARTIKEL MENARIK: Walau Tiada Kemudahan Komputer, Guru Ini Gigih Melukis Gambarajah 'Microsoft Word' Demi Pelajarnya Hingga Menarik Perhatian Pihak Microsoft..

loading...

Kesian pak cik tu, kerana video sekerat diperlakukan sedemikian oleh netizen, kata-kata cerca seolah-oleh mereka itu cukup sempurna sedangkan mereka tidak tahu siapa sebenarnya pak cik itu.

Jom kita baca siapakah pak cik berkenaan seperti yang didedahkan oleh pendakwah terkena, Ustaz Ebit Lew.

Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu... Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar..bagitahu semua tu fitnah..cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga..malukan macam tu..

Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya.Pakcik tu baik..dia tak nak kejut perempuan tu tidur....jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk.. Dia resah..yerlah jaga-jaga. Tuan haji tu dah uzur.. Jalan pun selalu tunduk jer sepanjang hidup beliau...saya nak cari siapa yang buat fitnah tu. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah...



Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..

Beliau pencen pegawai besar tau..kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur..Saya kenal rapat dengannya. Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman. Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah,semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.

Anak sulungnya pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Habis terus berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda. Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya..

Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..

Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni...saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya..saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah. Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh...Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula...- Ebit Lew

Sumber: Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post