Gara-Gara Gosip Rumahtangga, Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan

Gara-Gara Gosip Rumahtangga, Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan

Gara-gara kisah berkaitan rumahtangga yang melanda Izreen Azminda, baru-baru ini sebuah produk kecantikan, Meeracle – yang menjadikan pelakon wanita tersebut sebagai duta telah menamatkan kontrak.

Gara-Gara Gosip Rumahtangga, Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan
Gara-Gara Gosip Rumahtangga, Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan

Izreen sebelum ini turut memadam akaun Instagramnya dan perkara tersebut turut dilakukan oleh suaminya yang dikenali sebagai Ude.

ARTIKEL MENARIK: 'Terima kasih sebab viralkan saya, wohoOoOo!' - Netizen menyampah tengok instafamous syok sendiri di Motif Viral

loading...



Apa yang pasti, jika akaun mereka masih lagi wujud, pengguna laman sosial pastinya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan geram sekaligus memberi impak kepada hubungan dengan jenama yang dibawa oleh seseorang selebriti.

Baru-baru ini, kenyataan bekas isteri pertama Ude iaitu Intan Liana ternyata menyentuh ramai hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila Ude mahu menceraikannya namun Intan masih menghormati suaminya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.


Ramai yang ternantikan bagaimana kesudahan kisah ini dan pastinya Izreen mahu pun Ude memerlukan ruang dan masa sendiri dalam mententeramkan keadaan. Apa pun, semoga Intan tabah menghadapi dugaan

Sumber: ROTIKAYA

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post