Kes kematian 2 beranak: penganjur lepas tuduhan cuai

Kes kematian 2 beranak: penganjur lepas tuduhan cuai

Mahkamah Koroner di sini hari ini, memutuskan kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 sebagai kejadian yang tidak dapat dielakkan(kemalangan jalanraya)

Kes kematian 2 beranak: penganjur lepas tuduhan cuai
Kes kematian 2 beranak: penganjur lepas tuduhan cuai
Koroner Dazuki Ali berkata, penganjur perlumbaan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merancang perlumbaan dengan baik walaupun terdapat perubahan lokasi dan arah laluan perlumbaan di litar baharu di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini.

ARTIKEL MENARIK: “Bil TNB melambung sejak mak tumpang di rumah” -bil api rumah aku kebelakangan ini rm250-rm280

loading...

“Pihak yang terlibat telah mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam penganjuran perlumbaan serta mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan termasuk keselamatan pelumba.

“Ini boleh dilihat daripada pemeriksaan yang diadakan dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kekurangan, langkah untuk meningkatkan keselamatan diambil,” katanya semasa membaca penghakiman ringkasnya.


Dazuki juga memutuskan kematian Izwan Isa, 39, pada 12.20 tengah hari, 25 September 2016 dan anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, pada 2.20 petang hari sama di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini adalah akibat kemalangan jalan raya.

Kredit - EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post