Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.

Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.

Isu sorok perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini pun, sudah ada beberapa artis yang menyorokkan perkahwinan mereka.

Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.
Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.
Tidak salah pun mahu menyorokkan benda yang baik seperti perkahwinan daripada pengetahuan umum.

Cuma bila seseorang itu dikategorikan sebagai seorang selebriti yang popularitinya pula menggunung tinggi, ia seolah tidak berlaku adil kepada penonton dan peminat yang selama ini sentiasa berada di belakang dan menyokong kerjaya mereka baik di pawagam, kaca televisyen, pentas nyanyian mahupun pengacaraan atau pelawak.

ARTIKEL MENARIK: Seksi Dan Menggoda, Dynas Mokhtar Muat Naik Gambar Parti Buih Sebelum Bergelar Isteri Kali Kedua..

loading...

Menyorok hal perkahwinan ini seolah-olah membelakangkan kehendak sesetengah peminat (bukan semua) yang sentiasa ingin tahu hal-hal peribadi.

Mereka ini sebenarnya tidak mengharapkan undangan perkahwinan pun. Cukup sekadar beritahu dan dapatlah mereka doakan kebahagiaan pasangan ini. Industri seni tempatan ini masih kecil, soroklah perkahwinan selama mana pun, satu hari, pasti akan diketahui umum juga.


Berikut adalah 5 selebriti tempatan yang menyorokkan hari pernikahan sebelum tampil memberitahu kepada media dan peminat status sebenar mereka.

1. Datuk Ramli MS & Datin Alyah



Konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama Alyah merahsiakan perkahwinan kira-kira setahun sebelum mengaku pada media status sebenar mereka.

Pernikahan itu dilakukan pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia dan terdedah selepas Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan ke rumah mereka pada 28 Ogos 2014 dan mengesahkan perkahwinan itu.
Ramli memberitahu, sudah setahun mereka berkahwin dan ada sebab mengapa perkahwinan itu dirahsiakan. Lagipun itu adalah hak mereka. Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

2. Datuk Jamal Abdillah



Penyanyi yang popular dengan gelaran Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah hanya mengesahkan perkahwinan selepas kira-kira sebulan bergelar suami.
Jamal enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan pada 1 April lalu. Dia hanya mengesahkan sudah bernikah dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Terbaharu, selepas tujuh bulan, barulah Jamal mendedahkan pula gambar gadis berusia 23 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah yang kini menjadi isterinya.

3. Aeril Zafril & Wawa Zainal



Pernikahan pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga antara yang menjadi tanda tanya peminat mereka sehingga terpaksa mengadakan satu sidang akhbar khas.

Pasangan ini bernikah sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 (pernikahan tanpa kebenaran) dan 5 Februari 2013 (dengan kebenaran).
Pendedahan mengenai perkahwinan itu hanya didedahkan kepada umum pada Oktober 2013.

Menariknya, alasan yang diberikan untuk menyorokkan perkahwinan itu kerana takut dimarahi oleh majikannya iaitu David Teo.

4. Eja



Pelakon Eja boleh direkodkan sebagai antara yang paling lama menyorokkan statusnya sebagai isteri.

Pemilik nama sebenar Siti Shahrizah Saifuddin ini hanya memberitahu dia sudah berkahwin dengan seorang ahli korporat selepas 10 tahun iaitu pada 2009. Ketika itu dia sedang hamil anak sulung.

Baginya, dia tidak mahu hal kerjaya dan peribadi dicampuradukkan apatah lagi dia tidak pernah menafikan mahupun mengiayakan statusnya sebagai isteri selama 10 tahun itu.

5. Bront Palarae



Pelakon ini bernikah pada 31 Ogos 2013 dan Utusan Malaysia telah menyiarkan berita perkahwinan rahsia mereka.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin menafikan hal tersebut dengan mengatakan pada hari itu, dia sibuk mempromosikan filem terbaharunya di sebuah stesen radio.

Hal itu menjadi tanda tanya sehingga lah lima hari selepas itu, dia mengaku sudah bergelar suami kepada seorang wanita yang juga kenalan lamanya.

Sumber: citehebih via Utusan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post