Pemilik rumah viral di media sosial setelah tak sengaja muat naik gambar dirinya tanpa pakaian di laman hartanah

Pemilik rumah viral di media sosial setelah tak sengaja muat naik gambar dirinya tanpa pakaian di laman hartanah

Seorang lelaki secara tidak sengaja mendedahkan gambar dirinya tanpa seurat benang selepas memuat naik gambar tersebut untuk iklan rumah di sebuah laman hartanah Singapura, lapor The Star.

Pemilik rumah viral di media sosial setelah tak sengaja muat naik gambar dirinya tanpa pakaian di laman hartanah
Pemilik rumah viral di media sosial setelah tak sengaja muat naik gambar dirinya tanpa pakaian di laman hartanah
'Penampakan' itu disedari oleh seorang individu yang melayari laman berkenaan pada 6 Mac lalu di mana dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang tidak berpakaian pada cermin dalam gambar bilik tidur.

Difahamkan, iklan berkenaan juga telah dimuat naik di beberapa laman hartanah yang lain sejak bulan lalu.

Sementara itu, ejen hartanah, Benson Han, yang telah berada dalam bidang hartanah yang menjual rumah berkenaan pada harga SGD$570,000 (hampir RM1.7 juta) berkata, gambar-gambar tersebut telah dihantar kepadanya ketika musim perayaan Tahun Baru Cina, Februari.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Kejam! Suami Tetak Isteri Sebelum Bawa Lari Naik Kereta, Sungguh Ngeri Tak Sanggup Tengok…

loading...

"Dia baru saja mengemas rumah dan mungkin ketika dia sedang berehat, dia merakam beberapa gambar dalam rumahnya.

"Gambar itu terlalu kecil dan saya tidak perasan perkara itu," katanya.

Bagaimanapun, iklan hartanah tersebut telah diturunkan dari laman PropertyGuru dan 99.co selepas memaklumkan perkara itu kepada pemilik rumah berkenaan.

"Dia terkejut dan dia tidak berniat berbuat demikian. Siapa yang sanggup muat naik gambar dirinya tanpa seurat benang?" katanya.




1.png

2.jpg

Rakan Benson, Angeline Liang berkata, gambar itu kini viral meluas di media sosial selepas dimuat naik oleh segelintir netizen yang merasakan kejadian itu melucukan. 


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post