Kini Ziana Zain & Anak-anak Boleh Tarik Nafas Lega

Kini Ziana Zain & Anak-anak Boleh Tarik Nafas Lega

Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa penyanyi Ziana Zain amat sukar untuk memberi ulasan mengenai kes dia failkan perceraiannya. Ziana nampaknya lebih selesa untuk berdiam diri menguruskan permasalahan ini.

Kini Ziana Zain & Anak-anak Boleh Tarik Nafas Lega
Kini Ziana Zain & Anak-anak Boleh Tarik Nafas Lega

Sebelum ini Ziana didakwa telah menfailkan penceraian dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, di Mahkamah Syariah pada 4 April lalu.

ARTIKEL MENARIK: Demi anak istimewa ini, Edry bakal bawa keluarga pindah Eropah


Memendam Rasa

Walaupun Ziana tidak mengulas lebih lanjut tentang kes ini, namun di media sosial, pelbagai spekulasi telah dibuat oleh netizen tentang hubungan mereka berdua yang sudah terjalin selama 19 tahun. Baru-baru ini, Utusan Onlinesempat bertanya kepada Ziana mengapa dia berdiam diri dan ini jawapannya.
“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.

“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” jelasnya kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, lapor mStar OnlineMahkamah Majistret Shah Alammenangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu. Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.

Sumber Utusan


Ziana Zain Fail Cerai Dan Armin Tidak Bersetuju !

Rumah tangga penyanyi terkenal, Ziana Zain kembali menjadi perhatian apabila Ziana dilaporkan sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April yang lalu.
Namun, menurut sumber, suami Ziana, Armin Zaharin, tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai. Ziana bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas apa-apa mengenai hasratnya untuk bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan dan Mahkamah Majistret Shah Alam menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februarilalu. Mahkamah telah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.
Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada 24 Februari lalu dan Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lepas.
Armin dan Ziana bernikah pada 9 Mei 1998. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. Hangat.com mendoakan yang baik-baik sahaja kepada Ziana sekeluarga dan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
Sumber : Utusan Online

Kredit: Hangat.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post