Kronologi penyamun putus tangan di tetak mangsa

Kronologi penyamun putus tangan di tetak mangsa

Seorang lelaki berusia 22 tahun putus pada bahagian pergelangan tangan kiri manakala antara ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan koyak selepas berlaku pergelutan ketika menyamun sebuah rumah pekerja ladang SMC Sungai Toh Pawang, Bedong hari ini.

Kronologi penyamun putus tangan di tetak mangsa
Kronologi penyamun putus tangan di tetak mangsa

Kronologi:

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, suspek berkenaan bersama rakannya yang berusia 17 tahun dikatakan memecah masuk rumah berkenaan dengan bersenjatakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, hasil siasatan awal mendapati seorang buruh warga Indonesia diserang dua lelaki tidak dikenali yang salah seorangnya bersenjatakan parang apabila keluar daripada billiknya.

ARTIKEL MENARIK: Wanita maut terpersorok bawah lori


“Mangsa yang mempertahankan diri dengan menggunakan tangan telah cedera pada ibu jari tangan kiri. Suspek berusia 22 tahun dan mangsa telah bergelut sehingga jarak lebih kurang 10 meter daripada rumah berkenaan.

“Rakan serumah mangsa yang mendengan bunyi bising telah keluar dan membantunya. Rakan mangsa telah mengambil sebatang besi dan memukul pada bahagian kaki suspek yang bersenjatakan parang tersebut sementara rakan suspek telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Saifi, suspek kemudian terus melarikan diri namun mangsa yang berjaya mengambil parang tersebut terus melibas tangan mangsa.

“Akibat kejadian itu, suspek pergelangan tangan kiri suspek putus manakala bahagian antara ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan koyak.


“Suspek kemudian telah pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan membuat laporan mengatakan ditetak buruh berkenaan,” ujarnya.

Kata Saifi, pihaknya telah menahan suspek yang cedera itu ketika dia sedang mendapatkan rawatan manakala rakannya, di pekarangan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan 326 kanun Keseksaan

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post