Armin setuju ceraikan Ziana tapi ada syaratnya

Armin setuju ceraikan Ziana tapi ada syaratnya

SHAH ALAM: Hasrat penyanyi Ziana Zain untuk bercerai secara baik dengan Armin Zaharin tidak kesampaian apabila suaminya itu membangkitkan soal anak-anak mereka.

Armin setuju ceraikan Ziana tapi ada syaratnya
Ziana Zain ditemani adiknya Anuar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam berhubung tuntutan cerainya terhadap suami. FOTO: Mohd Al Qayum Azizi
Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, dia hanya akan bersetuju melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

“Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya.

ARTIKEL MENARIK: [Video] ‘Jangan Nyanyi Live Lagi Please’ – Netizen Akui Telinga Bingit Dengar Persembahan Janna Nick Di DFKL2018


“Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah,” katanya.

Armin berkata demikian di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar yang mendengar kes itu.





Armin Azharin (kiri) ditemani rakannya Azizi Yaakob yang dilantik terlibat dalam jawatankuasa pendamai.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan Armin, Ziana selaku plantif memberitahu mahkamah, suaminya itu dihalang berjumpa dengan anak-anak atas arahan pihak polis dan peguamnya.

Ini kerana kata Ziana, 50, anak-anaknya adalah saksi berhubung kes jenayah melibatkan Armin atas dakwaan mencederakan salah seorang anak mereka dan prosiding kes itu masih berlangsung di Mahkamah Majistret di sini.

Sementara itu, Mohd Nizar memerintahkan sebuah jawatankuasa pendamai dilantik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan itu dengan kehadiran pegawai perunding dilantik mahkamah.

Ziana melantik adiknya penyanyi Anuar Zain sebagai wakil pihaknya manakala Armin selaku defendan melantik sahabatnya, Azizi Yaakob bagi sesi itu nanti.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Jun depan.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Perkahwinan mereka mencatat sejarah tersendiri kerana ia diadakan secara terbuka dengan kehadiran ribuan peminat yang ingin menyaksikan detik istimewa itu selain ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Sumber: Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post