'Beliau enggan terima kenyataan BN tewas PRU14' - Anwar dedah Najib menghubunginya 2 kali pada malam 9 Mei

'Beliau enggan terima kenyataan BN tewas PRU14' - Anwar dedah Najib menghubunginya 2 kali pada malam 9 Mei

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada menghubunginya sebanyak dua kali pada malam 9 Mei lalu di mana Barisan Nasional (BN) tewas dan gagal mempertahankan kuasa memerintah di Putrajaya.

'Beliau enggan terima kenyataan BN tewas PRU14' - Anwar dedah Najib menghubunginya 2 kali pada malam 9 Mei
'Beliau enggan terima kenyataan BN tewas PRU14' - Anwar dedah Najib menghubunginya 2 kali pada malam 9 Mei
Anwar yang ditemubual Reuters berkata, Najib yang kecewa dengan keputusan PRU14 meminta nasihatnya.

"Apabila beliau menelefon pada malam pilihan raya lalu, saya menasihatkannya sebagai sahabat supaya menerima (kekalahan) dan meneruskan hidup," katanya yang juga meminta Najib segera membuat kenyataan bagi mengelak dilihat cuba melengahkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun katanya, Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada malam itu.

ARTIKEL MENARIK: Sejak pelaksanaan GST dilaksanakan semasa pemerintahan Ds Najib, telah mencetuskan perasaan ketidakpuasan hati semua pihak. Ini jawapan terbaru daripada Tun M mengenai GST yang dinanti-nanti seluruh rakyat Malaysia.

Sehari selepas PRU14, Najib tampil membuat kenyataan bahawa tiada parti yang memperoleh majoriti mudah dan memberi kepercayaan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan budi bicara baginda memilih Perdana Menteri baharu.

"Beliau (Najib) keliru... beliau enggan menerima kenyataan (kekalahan BN)," kata Anwar.

Anwar berkata, Najib cuba memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan siapa yang boleh menasihatkannya, malah beliau menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menawarkan sebarang perjanjian serius kepadanya.



"Jika sekalipun beliau menawarkan perjanjian, saya hanya akan mengabaikannya... saya hanya mendengar apa yang beliau katakan.

"Ketika panggilan kedua itu, Najib 'totally shattered' (bersedih)," katanya.

Sumber: Reuters, Berita Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post