Dari Penjara Ke Putrajaya, Inilah Gambar-Gambar Lipatan Sejarah Insan Yang Bergelar Sebagai Pejuang Rakyat

Dari Penjara Ke Putrajaya, Inilah Gambar-Gambar Lipatan Sejarah Insan Yang Bergelar Sebagai Pejuang Rakyat

Sejak beberapi hari kebelakangan ini, gambar-gambar lama Menteri Pertahanan dan Menteri Kesihatan yang sedang duduk berlunjur sambil memakai baju kemaja-t berwarna oren telah jadi tular di laman-laman media sosial.

Dari Penjara Ke Putrajaya, Inilah Gambar-Gambar Lipatan Sejarah Insan Yang Bergelar Sebagai Pejuang Rakyat
Dari Penjara Ke Putrajaya, Inilah Gambar-Gambar Lipatan Sejarah Insan Yang Bergelar Sebagai Pejuang Rakyat
E755D2AE-94F8-44AA-BB60-C5B763993C9B-1.j

CABB5FB9-1556-4A02-AE78-B13ECFB20D65.jpe

Bagi mereka yang tidak tahu, gambar kedua-dua orang pejuang rakyat itu diambil setelah mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam Penjara Pudu akibat menganjurkan sebuah demonstari jalanan Protes Harga Minyak (PROTES) pada tahun 2008 semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

Perhimpunan aman pada awalnya dirancang petang 14 Jun 2008 di kawasan KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Tun M Terlibat 13 Kes Rasuah? Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Gesa SPRM Siasat Tun M.


7D31B1F9-4852-45DB-840E-8A0AC70AFBED.jpe

71AEE8E3-3490-4938-8968-4F6BF7EBBCE5.jpe

Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut. Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan ‘Turun…turun…harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun’.

Selain daripada YB Mat Sabu dan YB Dr Dzulkifli Ahmad terdapat lagi 2 orang lagi yang turut bergelar sebagai YB iaitu Dr Hatta Ramli (merangkap Pengerusi JK Protes) serta Ginnie Lim.

Bukan calang-calang YB Dzulkifli ni. Latar belakang Pendidikan Mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary?s Hospital Medical School), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Toksikologi) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99.

44FF91A3-14E3-410A-A69F-0D9C73D9C845.jpe

1FFA1D0C-983E-4BCB-BF1A-7E578CDD392D.jpe


Gambar-gambar ini telah dirakam menggunakan kamera milik salah seorang tahanan. Jadi sebagai mengenang kembali pengorbanan dan jerit payah mereka sebagai pejuang rakyat, gambar-gambar mereka sebagai sebahagian dari lipatan sejarah perjuangan rakyat marhaen dikongsikan bersama-sama netizen di Malaysia.


Menteri kewangan Lim Guan Eng juga penah dipenjara pada tahun 1998.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan mulai hari ini setelah rayuannya terhadap kesalahan menerbitkan berita palsu dan menghasut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan petang ini.

Keputusan itu sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan Guan Eng, 38, sebagai ahli Parlimen Kota Melaka yang disandang bagi penggal ketiga sejak memenangi kerusi itu pada 1986.

Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin, Hakim Besar Malaya, Datuk Wan Adnan Ismail dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr. Zakaria Yatim memutuskan sebulat suara menolak rayuan Guan Eng untuk mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Karpal Singh yang mewakili Guan Eng dan hujah bantahan oleh pihak pendakwa raya yang diwakili oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad.

Mohd. Eusoff berkata, panel hakim rayuan menimbangkan dengan amat teliti untuk mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes ini.

Mengikut Perkara 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil rakyat akan hilang kelayakan apabila dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 oleh mahkamah.

Kehilangan kelayakan itu pula menurut Perkara 48(3) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan sekiranya tidak, pesalah itu hanya layak bertanding dalam pilihan raya selepas lima tahun tempoh hukumannya berakhir.

Guan Eng merayu pada peringkat akhir di Mahkamah Persekutuan selepas dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Melaka pada 28 April tahun lalu yang mendapati dia bersalah di bawah Akta Hasutan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Bagi tuduhan pertama menerbitkan risalah berjudul Kisah Benar yang dikatakan mengandungi fakta-fakta palsu bertajuk, Mangsa Dipenjarakan pada bulan Januari 1995, Guan Eng didenda RM10,000 atau penjara enam bulan.

Dia didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi kesalahan kedua, menghasut orang ramai dalam satu ceramah umum dengan mendakwa negara ini mengamalkan undang-undang ‘berat sebelah’ di Hotel Emperor, Jalan Munsyi Abdullah, Melaka, pada 19 Januari 1995.

Dia mempertikaikan undang-undang yang diamalkan oleh Malaysia selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah memutuskan untuk tidak mendakwa Tan Sri Rahim Thamby Chik berhubung satu kes rogol.

Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan itu dan menggantikannya dengan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap tuduhan dan diperintahkan berjalan serentak.

Menurut Mohd. Eusoff, mahkamah turut meneliti segala hujah Karpal Singh mengenai hukuman penjara melebihi setahun yang mungkin melucutkan Guan Eng daripada jawatan ahli Parlimen menyebabkan rakyat di kawasan Kota Melaka tidak diwakili di Dewan Rakyat sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

”Ini adalah suatu situasi yang malang,” kata beliau.Namun, kata Mohd. Eusoff, beliau ingin menegaskan bahawa seorang ahli Parlimen harus sentiasa bertanggungjawab dalam setiap tindak tanduknya dan tidak sepatutnya melanggar undang-undang.

Sekiranya, dia (ahli Parlimen) melakukan demikian maka dia akan didakwa di mahkamah yang mengakibatkan kawasannya tidak lagi diwakili di Parlimen, jelas Ketua Hakim Negara.
Beliau menambah, apabila keadaan itu berlaku, rakyat tidak seharusnya meletakkan kesalahan kepada polis, Peguam Negara atau mahkamah sebab kesalahan itu terletak sepenuhnya pada ahli Parlimen yang melanggar undang-undang.

Menurut Mohd. Eusoff, beliau bersama panel dua hakim yang mendengar rayuan itu telah membaca dan menilai penghakiman dalam perbicaraan kes itu dan juga penghakiman oleh Mahkamah Rayuan.

”Kami dapati isu yang ditimbulkan di hadapan kami merupakan perkara fakta yang sudah dibentangkan di Mahkamah Rayuan. Mahkamah itu telah menimbangkan dalam penghakiman setebal 51 muka. Kami tiada alasan kukuh untuk campur tangan dan meminda keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu,” kata Mohd. Eusoff.
Beliau juga, kata Mohd. Eusoff, tidak mempunyai alasan untuk campur tangan berhubung tempoh hukuman penjara 18 bulan yang telah diputuskan dan dibenarkan berjalan serentak oleh Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan supaya hukuman penjara terhadap Guan Eng berkuatkuasa mulai hari ini.

Selepas menerima keputusan itu, Guan Eng bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarganya.

Bapanya Lim Kit Siang berkata: ”Saya dan seluruh ahli keluarga dan ahli-ahli DAP yang lain merasa kecewa dengan keputusan ini. Malah saya yakin ramai lagi di luar sana yang mempunyai perasaan yang serupa.”

Guan Eng kemudian dibawa dengan sebuah kereta Proton Wira polis ke Penjara Kajang pada kira-kira 3.30 petang ini.

Kes Guan Eng juga menjadi perhatian apabila wakil Suruhanjaya Pengampunan Antarabangsa (Amnesty International) yang berpejabat di Hong Kong, Mark Daly dan wakil Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ), Kitty Sugando Kramadibrata hadir sebagai pemerhati.
Daly memberitahu para pemberita, beliau akan menghantar satu laporan ke ibu pejabat Amnesty International di London.

Katanya, kes itu akan menerima kesan yang lebih meluas di peringkat antarabangsa.Majlis Peguam Malaysia juga melantik peguam-peguam pemerhati terdiri daripada Presidennya, Dr. Cyrus V. Das dan Timbalannya, R. Selvarajah.


Sumber: Ohmymedia

sumber : sinarvirall

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post