Ini Puncanya Mengapa Secara Tiba Tiba Peguam Najib Razak Tarik Diri Dan Digantikan Dengan Peguam Lain

Ini Puncanya Mengapa Secara Tiba Tiba Peguam Najib Razak Tarik Diri Dan Digantikan Dengan Peguam Lain

Peguam Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Razak, beberapa jam sebelum bekas perdana menteri itu dijangka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini Puncanya Mengapa Secara Tiba Tiba Peguam Najib Razak Tarik Diri Dan Digantikan Dengan Peguam Lain
Ini Puncanya Mengapa Secara Tiba Tiba Peguam Najib Razak Tarik Diri Dan Digantikan Dengan Peguam Lain

Harpal mengesahkan beliau menarik diri selepas mengadakan pertemuan di kediaman anak guamnya itu di Taman Duta malam tadi.

“Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

“Selain saya, seorang lagi rakan iaitu M Athimulan turut menarik diri,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

ARTIKEL MENARIK: Sebelum ini, Ds Nazri antara pemimpin umno yang paling anti dengan Tun M, hingga sanggup samakan Tun M dengan pesakit kusta. Tapi, bila jumpa depan-depan, tengok apa reaksi Nazri buatkan semua orang ketawa besar.


BUKAN DIPECAT TETAPI SECARA SUKARELA

Harpal berkata mereka menarik diri secara sukarela dan bukan dipecat oleh Najib.

Laporan itu berkata kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya
Najib dipanggil ke SPRM untuk kenyataannya direkodkan pada jam 10 pagi ini.


SPRM sebelum ini menyiasat Najib berikutan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya serta dana dari SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan itu telah dihentikan tetapi dibuka semula selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang baru.

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Sukhri Abdull, yang terlibat dalam siasatan dan bersara awal, juga telah dipanggil semula untuk mengetuai suruhanjaya itu.

SUMBER : MALAYSIA KINI & media2060

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post