‘Jangan salahkan saya jika PH gagal tunaikan janji manifesto’ – Datuk Seri Najib Razak Dengki??

‘Jangan salahkan saya jika PH gagal tunaikan janji manifesto’ – Datuk Seri Najib Razak Dengki??

Bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menjaga kepentingan negara dan tidak meletakkan kesalahan kepada dirinya.

‘Jangan salahkan saya jika PH gagal tunaikan janji manifesto’ – Datuk Seri Najib Razak Dengki??
‘Jangan salahkan saya jika PH gagal tunaikan janji manifesto’ – Datuk Seri Najib Razak Dengki??
Beliau berkata, PH tidak boleh membuat dakwaan sebagaimana berada di kerusi pembangkang kerana kenyataan mereka boleh memberikan kesan kepada ekonomi negara.


ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Terbongkar! Ini Punca Rosmah Sanggup Beli 284 Beg Hermes Birkin?



“Mungkin fitnah dan meletakkan kesalahan kepada saya akan memberi persepsi terhadap kedudukan kewangan yang buruk membolehkan mereka tidak menunaikan janji dalam manifesto dan mengurangkan penjawat awam.

“Mereka harus ingat, rakyat dan negara perlu didahulukan. Mereka boleh beri kenyataan mengelirukan tentang 1MDB atua menceritakan separuh benar untuk menyalahkan saya. Tetapi masa untuk bermain politik sudah tamat,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya lewat malam tadi bagi menjawab tohmahan pemimpin PH.

Dalam kenyataan itu juga, Najib mendakwa kerajaan tidak berkata benar mendakwa hutang kerajaan kini 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM1 trilion. Kenyataan itu katanya akan membimbangkan pasaran kewangan dan menarik perhatian agensi penarafan dan menggocang keyakinan pelabur.

Selain itu, ia juga memberi kesan kepada Indeks Komposit Kuala Lumpur serta dana seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Kejatuhan itu menyebabkan hutang negara semakin meningkat pada kadar RM10 bilion setahun dan mungkin menyebabkan bank yang meminjam dari pasaran antarabangsa berdepan kerugian.


“Ia juga mungkin menyebabkan modal besar mengalir keluar daripada pelabur asing dan menyebabkan ringgit semakin lemah,” katanya.

VIDEO PENUH DI BAWAH :

INFORMASI

Image result for pakatan harapan wiki


Pakatan Harapan (PH) (Bahasa Inggeris: Alliance of Hope) merupakan pergabungan rasmi antara parti politik kerajaan di Malaysia yang bertindak selaku pewaris Pakatan Rakyat. 

Parti campuran ini ditubuhkan pada 22 September 2015, terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.Parti Pekerja-Pekerja Malaysia diganti oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah mengesahkan status permohonannya.

Pakatan Harapan berjaya menewaskan parti yang dahulunya dikatakan parti kerajaan di Malaysia iaitu Barisan Nasional. Tun Dr.Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri Malaysia ke-7 manakala Dato’ Seri Dr.Wan Azizah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia. Pakatan Harapan mendapat sebanyak 124 buah kerusi parlimen manakala Barisan Nasional hanya memenangi 79 kerusi dan PAS18 Kerusi.

Walaupun Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah keluar dari Pakatan, akan tetapi di dalam Dewan Rakyat, PAS memberi komitmen terhadap barisan Pembangkang. PAS kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). Tetapi sejak kebelakangan ini, PAS lebih bersedia sebagai parti berkecuali dan pemerhati yang tidak memihak kepada suara-suara wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

SEJARAH

Pakatan Harapan merupakan pengganti terus kepada gabungan tiga parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September 2015, dua tahun selepas pilihan raya umum 2013, kerana perselisihan dan konflik antara PAS dan DAP terutamanya mengenai isu pelaksanaan undang-undang syariah, menyebabkan PAS berpecah dari Pakatan Rakyat dan membubarkan gabungan itu pada 16 Jun 2015.Pembubaran itu menyebabkan pembentukan gabungan baru bernama Pakatan Harapan, yang terdiri daripada bekas parti Pakatan Rakyat, PKR dan DAP, dan parti pembangkang PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sumber: TheReporter

Sumber 2 : PH

sumber:  youarelejen.com

Sumber - media2060

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post