Menteri Kewangan: 1MDB Tipu!! ‘Bail Out’ Hampir RM7 Bilion

Menteri Kewangan: 1MDB Tipu!! ‘Bail Out’ Hampir RM7 Bilion

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan bahawa 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk “bailout” daripada kerajaan BN sebelum ini.

Menteri Kewangan: 1MDB Tipu!! ‘Bail Out’ Hampir RM7 Bilion
Menteri Kewangan: 1MDB Tipu!! ‘Bail Out’ Hampir RM7 Bilion
Lim berkata ini bertentangan dengan dakwaan 1MDB bahawa syarikat itu mampu membayar hutangnya daripada penstrukturan semula.

“Berdasarkan senarai bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi pihak 1MDB adalah berjumlah RM6.98 bilion.

“Jumlah ini termasuk bayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.

ARTIKEL MENARIK: “Anak saya bukan kahwin dengan orang yang dapat BR1M,” – Najib dedah anak dia kahwin dengan bukan calang2 orang


“Ini mengesahkan syak wasangka orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya memperdaya rakyat Malaysia dengan mendakwa hutang itu dibayar menerusi ‘proses rasionalisasi yang berjaya’.

“Selama ini MoF yang membayar hutang 1MDB,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai menteri kewangan.

Pendedahan Lim dibuat pada hari pertamanya melaporkan diri sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.


Beliau berkata senarai pembayaran setakat ini hanya melibatkan faedah, pembayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.

“Ini belum mengambil kira berbilion ringgit hutang yang perlu dibayar mulai tahun 2022.

“Saya dimakumkan bahawa selain RM143.75 juta yang perlu dibayar pada akhir bulan ini, sejumlah RM810.21 juta faedah perlu dijelaskan antara bulan September dan November tahun ini,” katanya.


Lim yang sebelum itu mengadakan siri mesyuarat bersama semua pegawai kanan Perbendaharaan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad, mengarahkan kajian mendalam dilakukan mengenai butiran hutang dan liabiliti 1MDB dan mencadangkan langkah untuk menyelesaikan krisis yang berlaku akibat skandal tersebut.

“Kami juga akan mengemukakan hasil semakan itu kepada pasukan petugas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Sumber : malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post