PANAS! Ada cerita menarik, kata bos baru SPRM

PANAS! Ada cerita menarik, kata bos baru SPRM

Mencabar – itu yang dirasa bos baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memulakan tugasnya di agensi antirasuah berkenaan hari ini.

PANAS! Ada cerita menarik, kata bos baru SPRM
PANAS! Ada cerita menarik, kata bos baru SPRM
Begitupun bagi Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, beliau menjanjikan sesuatu yang menarik esok – iaitu hari kedua beliau menjadi ketua pesuruhjaya SPRM.

Ketika ditanya perasaannya kembali semula ke SPRM selepas “bersara” pada Julai 2016, Mohd Shuki berkata: “Ia mencabar untuk saya, sangat mencabar buat saya.”

Bagaimanapun Mohd Shukri tidak menjelaskan lebih lanjut kenyataan berkenaan.

Mohd Shukri ialah timbalan ketua pesuruhjaya SPRM bahagian operasi apabila mengambil keputusan bersara daripada perkhidmatan berkenaan hampir dua tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK: Ini Puncanya Mengapa Secara Tiba Tiba Peguam Najib Razak Tarik Diri Dan Digantikan Dengan Peguam Lain


Ketika itu SPRM berada dalam keadaan ‘panas’ ekoran siasatan mereka terhadap anak syarikat 1MDB, SRC International yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.


Persaraan Mohd Shukri berlaku seiring dengan pengunduran ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Seorang lagi timbalan Abu Kassim, Datuk Seri Mustafar Ali, dipindahkan kerajaan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen.

Mohd Shukri dilantik mengetuai SPRM oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa memulakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM secara rasmi di Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi tadi, Mohd Shukri bagaimanapun berkata beliau tidak dapat menjawab lebih banyak soalan media.

Katanya beliau perlu menghadiri sesi taklimat bersama pegawai SPRM.

“Esok saya akan juga tuan-tuan dan puan-puan (wartawan). Ada taklimah khas untuk anda, ada cerita-cerita menarik saya nak cerita esok.

“Jadi untuk hari ini saya simpan (dulu) untuk esok,” katanya.

Mohd Shukri berkhidmat selama kira-kira 32 tahu sebelum bersara.


Turut hadir menyambut beliau tadi ialah Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Sementara itu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini berkata Mohd Shukri dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM untuk tempoh dua tahun mulai 18 Mei 2018.
Katanya pelantikan itu dibuat selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dan sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Selaras dengan subseksyen 5(3) akta sama, Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan penamatan tempoh pelantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa pada 14 Mei 2018, tanpa perlu memberi notis 30 hari seperti dalam surat cara pelantikannya,” kata Ali.

sumber: malaysiakini 

Sumber - 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post