Tun Mahathir: BR1M tetap diteruskan tapi ada syaratnya? Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju dengan syarat ini

Tun Mahathir: BR1M tetap diteruskan tapi ada syaratnya? Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju dengan syarat ini

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Tun Mahathir: BR1M tetap diteruskan tapi ada syaratnya? Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju dengan syarat ini
Tun Mahathir: BR1M tetap diteruskan tapi ada syaratnya? Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju dengan syarat ini
Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimanya.

ARTIKEL MENARIK: 'Tun Mahathir Sekarang Amat Berbeza Dari Yang Dulu' - Netizen


Image result for pakatan harapan tun mahathir



“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, pada Khamis.

Sementara itu, ditanya mengenai operasi penggeledahan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi, Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang serbuan itu.

“Itu prosedur operasi standard (SOP) polis. Mereka sudah ada cukup bukti untuk melakukan serbuan, jadi mereka buat.

“Saya tidak dimaklumkan. Tetapi prinsip saya, tak ada penyeksaan (torturing). Semua akan dilayan dengan baik,” katanya.

Sumber: watan-online


Dr Mahathir beri bayangan BR1M akan diteruskan

Image result for pakatan harapan tun mahathir
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan jika parti campuran itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi menyatakan bantuan tersebut kononnya sebagai rasuah kerajaan, berkata, BR1M akan dikekalkan jika bantuan itu didapati penting buat rakyat.

Namun katanya, BR1M itu perlu dijadikan sebagai bantuan berkanun berlandaskan undang-undang dan bajet.

“Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti (campuran).

Selain itu, Tun Mahathir turut mengumumkan parti tersebut akan bertanding dalam PRU14 sebagai parti komponen pakatan pembangkang.

Jelasnya, pakatan pembangkang akan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan meletakkan hanya seorang calon di setiap kawasan bertanding.

“Mana-mana parti lain yang turut bertanding menentang Barisan Nasional (BN) selain satu parti campuran dalam kalangan parti pembangkang dilihat bertujuan memecahkan sokongan rakyat.

“Dalam parti campuran, sebarang perbuatan untuk melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain ia adalah tindakan untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pakatan pembangkang sedia untuk berdepan perebuta tiga penjuru jika situasi tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, PPBM akan memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Pada majlis itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menyampaikan ucapan.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan ahli politik DAP, Teresa Kok.

Sumber: mstar via Generasivirality

SETERUSNYA….

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD AKAN TUKAR SLOGAN 1 MALAYSIA!


Slogan 1Malaysia akan digantikan dengan slogan baru yang bersesuaian, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita mungkin terpaksa tukar kepada slogan lain. Namun pada waktu ini, kita belum kenal pasti slogan yang sesuai,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.
Slogan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan itu adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.
Walau bagaimanapun sesetengah pihak mendakwa ia jelas bercanggah dengan pendirian Najib dan pentadbirannya yang tidak memperjuangkan hak bagi kaum lain.
Ia dikatakan antara rasa tidak puas hati sehingga menyaksikan BN buat pertama kali dalam sejarah negara ditumbangkan oleh Mahathir pada pilihan raya 9 Mei lalu.
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menggunakan slogan “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” manakala Mahathir pula semasa menjadi.perdana menteri memperkenalkan antara lain slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” serta “Wawasan 2020″.
Setakat ini, perdana menteri tidak memaklumkan tentang slogan baru itu dan bila ia akan diperkenalkan.
Pada sidang medianya itu, Mahathir berkata beliau akan memulakan tugas sebagai perdana menteri di Kompleks Jabatan Perdana Menteri pada minggu depan.
Pada ketika ini, beliau menjalankan tugas-tugas dan mesyuarat di Yayasan Kepimpinan Perdana sejak dilantik sebagai perdana menteri pada 10 Mei lalu.
PM arah penjawat awam berani nyatakan kebenaran
Berani menyatakan kebenaran kepada ‘tuan politik’ (political master) merupakan antara intipati dalam senarai panjang arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Intipati itu adalah hasil Mesyuarat Khas bersama KSU Kementerian pada 14 Mei 2018 dan ketua-ketua setiausaha sudah menyampaikan arahan berkenaan kepada kementerian masing-masing.
Salah satu dokumen berkenaan yang dikeluarkan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat Malaysiakini. Kandungan arahan itu disahkan oleh pegawai KPDNKK.
Ketua setiausaha untuk kementerian lain, yang enggan didedahkan, turut mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa kandungan arahan berkenaan adalah hasil daripada mesyuarat denganDr Mahathir Isnin lalu.
Dokumen yang ditujukan kepada KDNKK itu yang bertajuk ‘Intipati Mesyuarat Khas YAB PM Bersama KSU Kementerian’, antaranya tertulis: “Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepadapolitical master“.
Berdasarkan dokumen itu, mesyuarat itu turut membangkitkan bahawa terdapat keyakinan rendah di kalangan rakyat terhadap penjawat awam dan penyandang jawatan pengarah jabatan masing-masing perlu mengatasi persepsi berkenaan.
Berikut merupakan antara arahan yang digariskan:
  • Perdana Menteri mengarah setiap penjawat awam perlu melaksanakan semua arahan yang diberi;
  • Setiap penjawat awam perlu patuhgovernment of the day dan lupakan program yang telah dirancang oleh pemimpin sebelum ini;
  • Semua program/arahan cetusan idea pemimpin sebelum ini yang belum dilaksanakan perlu ditangguhkan;Program KRIM 2.0 dan PJSR tidak diteruskan lagi;
  • Kepercayaan terhadap penjawat awam terlalu rendah pada pandangan masyarakat. Oleh itu, Pengarah Bahagian dan Negeri perlu membersihkan tanggapan ini;
  • Kontrak-kontrak secara direct negoperlu diberhentikan;
  • Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master;
  • Isu-isu yang kontroversi melibatkan pemimpin politik perlu dirujuk kepada KSU terlebih dahulu;
  • Semua pegawai lantikan menteri sebelum ini perlu ditamatkan kecuali kontrak PEK yang memerlukan pandangan dan nasihat daripada menteri baharu;
  • Perbelanjaan perlu dilaksanakan secara berhemah. Tidak perlu menghabiskan peruntukan yang diberikan serta sentiasa mengikut tatacara kewangan sedia ada;
  • Penjawat awam perlu lebih berintegriti dan bertanggungjawab serta berfikiran positif;
  • Kerajaan akan melaksanakan subsidi petroleum secara bersasar;
  • YAB PM/YB Menteri akan melawat ke setiap Agensi. Setiap Agensi perlu membuat persediaan bagi menyampaikan taklimat dan mengemukakan hala tuju baharu kepada YB Menteri.
  • Setiap agensi perlu mengkaji semula polisi-polisi sedia ada termasuk Akta Koperasi 1993;
  • Pegawai-pegawai yang bermasalah perlu diambil tindakan segera (pastikan Jawatankuasa Tatatertib tidak melibatkan Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB Menteri);
  • Tiada lagi pengambil baharu penjawat awam;
  • Logo 1 Malaysia yang terdapat pada baju korporat, sijil dan lain-lain tidak boleh digunakan lagi;
  • GST bagi fi/bayaran atas perkhidmatan yang dikenakan oleh SKM perlu ditangguhkan;
  • Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM dan Jawatankuasa yang dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB Menteri perlu ditangguhkan;
  • Pengarah-Pengarah Negeri perlu mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar / Ketua Menteri masing-masing terutama Kerajaan yang selari dengan Kerajaan Pusat.
  • Semua gambar pemimpin sebelum ini perlu ditukar serta merta.
  • Semua mesyuarat dan program MPKP dan MPKN ditangguhkan.
  • Pengarah Bahagian dan Negeri dilarang bercuti sehingga kabinet dilantik sepenuhnya;
  • Perlu berjumpa KSU terlebih dahulu sebelum berjumpa YB Menteri bagi sebarang perkara;
  • Hari Koperasi Negara tidak lagi diadakan. Mesyuarat bersetuju supaya menggalakkan YB Menteri untuk melawat koperasi-koperasi di negeri tanpa protokol yang berlebihan;
  • Pengarah Negeri perlu memanggil PEK dengan segera untuk mengarahkan mereka mematuhi Perintah Am dan pekeliling perkhidmatan yang berkaitan sebagaimana kakitangan SKM yang lain;
  • Kebersihan pejabat perlu dipertingkatkan dan ruangan pejabat yang kosong perlu diambil tindakan sewajarnya;
  • Polisi luar negara sedia ada akan diteruskan;
  • Ucapan salam hanya Assalamualaikum atau Salam sejahtera sahaja. Tidak lagi menggunakan frasa Salam 1Malaysia, Salam Negaraku dan Salam Negaraku Malaysia; dan
  • Tidak menggunakan pin 1Malaysia dan Negaraku
Sumber : Malaysiakini via Generasivirality
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post