“Ya saya sekat Najib sebab…”

“Ya saya sekat Najib sebab…”

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sekatan ke luar negara terhadap bekas perdana menteri dibuat atas arahannya.

“Ya saya sekat Najib sebab…”
“Ya saya sekat Najib sebab…”
Dr Mahathir berkata tindakan itu dibuat selepas mengambil kira aduan-aduan yang mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ya saya sekat Najib ke luar negara.

“Banyak aduan mengenai dirinya jadi kita perlu bertindak pantas, kita tak mahu berdepan urusan ekstradisi dari mana-mana negara,” katanya pada sidang media petang Sabtu.

ARTIKEL MENARIK: Terkini! Nurul Izzah Mendedahkan Hari Apa Anwar Ibrahim Akan Dibebaskan


Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang namanya disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada ke luar negara, pagi ini.

Susulan tindakan itu, Najib mengakui terpaksa akur dan akan bersama keluarganya di dalam negara.


Ditanya adakah sekatan itu mempunyai keaitan dengan kes 1MDB Dr Mahathir menjawab: “Banyak aduan, semuanya perlukan siasatan, kita lihat dan menilai aduan-aduan itu dan ia berasas, jadi kita sekat dia,” katanya.

Sumber; Mstar

Sumber : www.beritasteady.net

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post