Diserang PPIM, Boy Iman Buat Muka Bengang Jawab Soalan Mangsa Yang Rasa Teraniaya (Video)

Diserang PPIM, Boy Iman Buat Muka Bengang Jawab Soalan Mangsa Yang Rasa Teraniaya (Video)

KUALA LUMPUR – Usaha 200 pembeli projek mini banglo berharga RM60,000 seunit mahu menuntut pembelaan kerana ditipu oleh pihak pemaju ternyata menemui jalan buntu apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diharapkan untuk membantu mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Diserang PPIM, Boy Iman Buat Muka Bengang Jawab Soalan Mangsa Yang Rasa Teraniaya (Video)
Diserang PPIM, Boy Iman Buat Muka Bengang Jawab Soalan Mangsa Yang Rasa Teraniaya (Video)

Mereka yang berkumpul di pejabat PPIM hari ini hanya dapat bertemu dengan Datuk Norul Iman Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Datuk Boy Iman, iaitu wakil DBI Properties yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada Juta Kelulut ketika melancarkan promosi projek Mini Banglo pada Mei tahun lalu.

Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut lapor MalaysiaGazette.com.

ARTIKEL MENARIK: “Terima Kasih Kerana Tutup Periuk Nasi Saya”

loading...

Tonton video Dato Boy Iman Buat Muka bengang dakwa turut ditipu.


Menjawab satu persatu soalan para pembeli, Boy Iman menjelaskan, beliau juga antara mangsa penipuan skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.

Rentetan daripada pertemuan itu, kesemua mangsa dan pihak PPIM bergerak ke Setapak bagi menjejaki pejabat pihak yang bertanggungjawab yang nama mereka telah disebutkan oleh Boy Iman.

Sebaik tiba di pejabat Juta Kelulut, mereka dipertemukan dengan Siti Nurbaiyah Yahya yang lebih dikenali sebagai Anggun dan suasana menjadi kecoh apabila mangsa-mangsa yang tertipu menjerit-jerit menuntut penjelasan lanjut.

Anggun bagaimanapun menjelaskan, beliau juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain.

Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai.

Salah seorang mangsa, Ku Shahrom Ku Ahmad, 65, sanggup datang dari Langkawi semata-mata mahu mendapatkan wangnya kembali.

Beliau mendakwa telah mengeluarkan wang simpanannya sepanjang berkhidmat dengan kerajaan berjumlah RM50,000 untuk membina rumah di Langkawi.

“Mak cik dapat tahu dia buat promosi masa di Langkawi. Anak mak cik ajak sebab harganya murah. Dia cakap masa tu bayar RM50,000 saja sebab ada promosi untuk bina rumah tiga bilik.

“Mak cik ingat nak buat rumah untuk anak mak cik. Tapi tak sangka jadi macam ni. Siapa tak sedih, dengan duit yang kita kumpul jadi macam ni,” katanya sebak.

Seorang lagi mangsa, Nurzafirah Alimuddin, 29, memberitahu, dia membayar RM60,000 menggunakan wang simpanan dan menjual rumah milik ibunya.

Bagaimanapun dia mula rasa tertipu apabila rumah yang sepatutnya dibina tiga bulan selepas pembayaran masih tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, Nurzafirah menjelaskan dia sudah mendapat RM30,000 dari Norul Iman awal tahun lalu setelah enam bulan membayarnya.

“Ikutkan saya masih tak puas hati dengan apa terjadi hari ni, tapi apa boleh buat,” ujar Nurzafirah.

Aktivis PPIM, Yusuf Azmi memberitahu, pihaknya telah mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes tersebut kerana aduan telah dilakukan.

Namun sehingga kini, PDRM masih belum memberi maklum balas terhadap aduan yang dibuat.

Projek mini banglo yang menggunakan sistem pembinaan industri (IBS) mendapat sambutan sambutan hangat kerana harga yang ditawarkan menarik dan mampu bayar.

Namun orang ramai yang membeli rumah berkenaan mula berasa tertipu kerana sehingga lebih setahun tiada sebarang pembinaan dijalankan

Datuk Boy Iman jawab soalan pembeli rumah yang mendakwa ditipu.




UTK PPIM Jejak Dalang Tipu Mangsa Beli Rumah.



Yusuf Azmi pula menegaskan PPIM tidak menyebelahi Boy Iman seperti yang viral di facebook


"Kau Takpe, Aku Ni Artis, Macam Mana Aku Nak Lari!" - Dato Boy Iman

Sumber
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post