"Saya Disabotaj!" - ZurinJundi Wedding Planner

"Saya Disabotaj!" - ZurinJundi Wedding Planner

SELEPAS seminggu mendiamkan diri, syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi tampil menyatakan kesediaan berunding dengan 91 pelanggan rata-ratanya bakal pengantin yang mahu menuntut semula deposit wang pembayaran pakej perkahwinan mereka.

"Saya Disabotaj!" - ZurinJundi Wedding Planner
"Saya Disabotaj!" - ZurinJundi Wedding Planner

Peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar yang mewakili syarikat itu berkata, pihaknya terlebih dulu mahu berbincang dengan semua individu yang tampil membuat laporan polis selepas tular dakwaan wujud unsur penipuan sebelum ini di media sosial.

“Kami amat memohon maaf atas kecuaian yang berlaku dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada beberapa pelanggan yang mendapat perkhidmatan kurang memuaskan terutama katering (makanan).

ARTIKEL MENARIK: Pemilik Syarikat ZurinJundi Wedding Planner Dari ‘Neraka’ Direman 2 Hari

loading...

“Bagi 91 pelanggan terutama bakal pengantin, mereka boleh terus menghubungi anak guam saya ( Zurina Ahmad Jundi, 35) yang juga pemilik syarikat selepas 24 jam sidang media ini untuk berbincang secara menyeluruh mengenai isu tuntutan semula wang deposit,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Klang, hari ini.

Turut hadir, Zurina dan tiga peguam lain yang mewakili syarikat Zurin Jundi.

Rabu minggu lalu, kami ada melaporkan hampir 100 pengantin dan bakal pengantin yang mendakwa terpedaya dengan tawaran syarikat di Seksyen 7, Shah Alam, dengan anggaran kerugian keseluruhan mangsa mencecah RM500,000 lapor Harian Metro.

ZurinJundi Wedding Planner Dakwa Kena Sabotaj, Bakal Kembalikan Wang Kepada Pelanggan Teraniaya

Difahamkan, selain Selangor, syarikat itu mempunyai butik lain di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

Kejadian puluhan mangsa penipuan ‘menyerbu’ syarikat itu tular di media sosial berikutan kegagalan syarikat perancang perkahwinan itu menyediakan sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan, Isnin minggu lalu.

Dalam video berdurasi dua minit 14 saat itu, seorang lelaki mempersoalkan tindakan pemilik syarikat itu mempermainkan majlis perkahwinan mangsa termasuk pelamin perkahwinan seperti reban ayam.

Kebanyakan bakal pengantin yang menjadi mangsa mendesak syarikat perancang perkahwinan itu memulangkan semula duit yang dibayar antara RM2,000 dan RM10,000.

Bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, pemilik butik itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selatan dan Shah Alam namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Muhamad Akmal berkata, pemerhatian awal pihaknya mendapati syarikat yang beroperasi sejak 2007 dengan reputasi baik itu disabotaj beberapa individu sehingga turut menyebabkan perkara itu menjadi tular.

“Terdapat lima hingga enam individu yang mempunyai kaitan dengan Zurin Jundi dikesan menyeleweng wang dan memalukan syarikat termasuk menyebabkan beberapa majlis pelanggan kami terjejas.

“Berikutan itu, kami akan memfailkan saman sivil terhadap mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menurutnya, dia berharap semua pihak tidak lagi membuat sebarang spekulasi negatif dan meminta pelanggan berbincang lebih lanjut dengan anak guamnya.

Sumber

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post