3 Beranak Maut Dihentak Dengan Tukul

3 Beranak Maut Dihentak Dengan Tukul

Tiga sekeluarga ditemukan mati manakala seorang lagi cedera parah akibat ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, di sini petang ini.

3 Beranak Maut Dihentak Dengan Tukul
3 Beranak Maut Dihentak Dengan Tukul

Mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri iaitu Kha Eng Ni, 42; isterinya Chua Joo Seok, 37 dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

Sementara itu, anak perempuan mereka yang berusia Kha Xing Rhuu, 15 cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

ARTIKEL MENARIK: Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Tukar Jantina Untuk Berkahwin Dengan Teman Lelakinya

loading...

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Din Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kejadian itu daripada jiran mangsa pada pukul 2.30 petang tadi.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang.


“Suspek dipercayai pekerja pasangan suami isteri itu sendiri yang menjalankan perniagaan perkakas rumah. Suspek lelaki itu kini menghilangkan diri dengan van kecil milik mangsa,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post