Majikan Yang Paksa Pekerja Wanita Tanggalkan Tudung Boleh Dikenakan Undang-Undang

Majikan Yang Paksa Pekerja Wanita Tanggalkan Tudung Boleh Dikenakan Undang-Undang

Majikan yang memaksa wanita yang bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan atau 'front desk' menanggalkan tudung boleh dikenakan tindakan undang-undang

Majikan Yang Paksa Pekerja Wanita Tanggalkan Tudung Boleh Dikenakan Undang-Undang
Majikan Yang Paksa Pekerja Wanita Tanggalkan Tudung Boleh Dikenakan Undang-Undang

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) Azril Mohd Amin, majikan melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jika gagal mematuhi syarat berkenaan terhadap wanita Islam yang dinafikan hak kebebasan beragama iaitu memakai tudung di tempat kerja.

Jelasnya, walaupun majikan mempunyai hak mengenakan kod pemakaian kepada pekerjanya tetapi selaku rakyat Malaysia berhak mengamalkan pegangan agama masing-masing

ARTIKEL MENARIK: Cerita sebenar gambar viral jenazah timbul

loading...

“Malah, pemakaian pakaian berbentuk keagamaan jika atas sebab keselamatan atau kesukaran melaksanakan tugas mestilah dalam keadaan perlu saja iaitu jika pakaian agama itu menghalang pemeriksaan keselamatan, kepentingan dan ketenteraman awam, dan pemakaian tudung tentunya jelas tidak jatuh dalam mana-mana kategori itu.


“Justeru, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mesti mengambil tindakan segera mengubah dasar diamalkan sesetengah hotel di negara ini yang melarang wanita bertudung daripada bekerja di barisan hadapan,” katanya.


Disamping itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyifatkan tindakan tidak membenarkan kakitangan wanita yang bekerja di barisan hadapan hotel memakai tudung kononnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menjadi amalan antarabangsa adalah sama sekali tidak wajar.

“Saya menyokong mana-mana syarikat yang melakukan diskriminasi terhadap wanita yang bertudung diambil tindakan dan ditarik lesen perniagaan mereka.

“Umat Islam yang bertanggungjawab dan sesiapa saja yang peka terhadap hak asasi manusia mestilah memulaukan syarikat dan produk syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.


Tambahnya, untuk pengetahuan awam, satu senarai syarikat yang melakukan diskriminasi harus disiarkan.

Terdahulu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) menerima aduan terdapat pekerja wanita yang bertudung diarahkan menanggalkan tudung mereka, larangan sama terhadap pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan untuk latihan praktikal.

Walaubagaimanapun, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cheah Swee Han bertindak mempertahankan tindakan hotel berkenaan dan berkata ia adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa dan setiap hotel mempunyai SOP masing-masing

Sumber: Harian Metro via Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post