Merayu Jangan Dibunuh

Merayu Jangan Dibunuh

KOTA BHARU: “Saya berkali-kali merayu kepada dia (suspek) supaya jangan bunuh saya.”

Merayu Jangan Dibunuh
Merayu Jangan Dibunuh

Demikian kata Kha Xing Rhuu, saksi pembunuhan tiga sekeluarga di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab petang semalam.

Kejadian berlaku ketika Xing Rhuu, 15, dan adiknya, Kha Zee Hanz, 13, baru pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang dan ketika itu suspek turut berada di rumah serta mengarahkan Zee Hanz mengambil fail di dalam van yang diparkir di luar rumah manakala dia masuk ke dalam rumah.

“Sebaik masuk ke dalam rumah saya sangat terkejut melihat ayah dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah, lantas saya terus menghubungi seorang rakan melalui telefon.

ARTIKEL MENARIK: 3 Beranak Maut Dihentak Dengan Tukul

loading...

“Ketika sedang bercakap di telefon, saya ternampak suspek sedang memukul dan bergelut dengan Zee Hanz di dalam van dan sebaik suspek ternampak saya menggunakan telefon dia terus meluru ke arah saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Suspek kemudiannya memukul Xing Rhuu menggunakan tukul besi dan berlaku pergelutan sebelum mangsa merayu supaya dilepaskan.

16mati1.transformed.jpg

Suspek Kemudian Melarikan Diri

Xing Rhuu berkata selepas kejadian itu juga, beliau menyedari seorang lagi adiknya, Kha Xing Shyen, 8, berada dalam rumah dan menyorok di bawah kerusi.


Xing Rhuu yang dirawat akibat kecederaan di bahagian kepala dan lebam di bahu kanan dibenarkan keluar sebentar tadi bagi menghadiri upacara pengebumian tiga ahli keluarganya yang akan diadakan di Kampung Balai, Bachok, esok.

lokasibunuhba.transformed.jpg

Polis kini sedang memburu suspek dikenali Sharat Eh Wang@Pot, 31, dari Kampung Jubakar Darat, Tumpat yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan itu.

Mangsa yang mati dikenali Eng Ni dan isterinya, Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Zee Hanz.

Xing Rhuu berkata dia langsung tidak menyangka suspek tergamak melakukan pembunuhan terbabit memandangkan hubungan lelaki terbabit dengan keluarganya amat rapat dan sudah bekerja dengan bapanya lebih tiga tahun.

Video :


“Saya tidak tahu motif dia membunuh ahli keluarga saya kerana sebelum ini tiada sebarang masalah yang timbul dan dia juga sudah dianggap sebagai ahli keluarga,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!



Sumber : BeritaSteady

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post