Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 bermula pada ..

Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 bermula pada ..

Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 bermula pada ..

Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 bermula pada ..
Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 bermula pada ..



ARTIKEL MENARIK: Rasmi! IKEA pertama dibuka di Johor, jom serang opening!

loading...


1. Pemohon yg tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat PERMOHONAN BARU.

2. Pemohon yg tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.

3. Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dgn SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakan utk TAMATKAN SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan baru.
-> tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

4. ALERT Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.

5. Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah spt berikut :

a) 8.30pg-5.00 ptg (ISNIN-JUMAAT)

b)9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG

c) 8.30pg-5.00ptg (AHAD-RABU)

d) 8.30pg-3.30ptg (KHAMIS)

e) 9.00pg-4.00ptg (29-30 Dis 2017-minggu akhir JUMAAT dan SABTU)




Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU

f) 8.00pg-4.00ptg (ISNIN-JUMAAT)

g) 00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

Bagi SABAH dan SARAWAK

f) Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM

(MAULIDUR RASUL, HARI KRISMAS dan HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR (utk negeri Selangor sahaja))

Permohonan dan Kemaskini BRIM akan dibuka pada 5 Disember . Di sini adalah beberapa tip berguna agar penerima tidak mengulangi kesilapan yang lazim semasa melaksanakan permohonan dan kemaskini.

1. Kemaskini maklumat peribadi anda walaupun tiada perubahan.

BRIM 2018 memperkenalkan suatu kategori baharu iaitu program eKasih yang menjanjikan pemberian bantuan berjumlah RM1200. Selaku seorang penerima dari tahun sebelumnya, anda wajib membuat kemaskini dengan membekalkan butiran yang terkini untuk menerima jumlah bantuan mengikut kelayakan. Kemaskini penting agar kerajaan dapat mengetahui pemohon masih wujud dan layak menerima BR1M berdasarkan tangga gaji yang terkini.

2. Pastikan anda mengetahui jawapan untuk soalan keselamatan anda.

Kepada yang dihalang untuk log masuk akibat kesilapan menjawab soalan keselamatan tahun lepas, halangan tersebut akan dibuka semula. Permohonan baharu juga akan dibuka kepada mana-mana individu atau keluarga yang belum pernah memohon pada masa yang sama. Oleh itu, pastikan anda mengetahui jawapan yang betul untuk soalan keselamatan di laman BR1M sekiranya memohon untuk pihak lain.

3. Daftarkan permohonan baharu secara dalam talian.

Kaedah permohonan menggunakan borang BR1M fizikal masih boleh digunakan tetapi kami menyarankan agar anda berdaftar secara online. Permohonan boleh didaftarkan pada portalBRIM 2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my dan adalah lebih mudah dan cepat daripada mengisi borang secara manual di LDHNM. Untuk panduan mengisi borangBRIM, rujuk kepada pautan ini.

4. Jika anda seorang pelajar, anda tidak harus memohon BR1M.

Kepada bujang yang masih menuntut di mana-mana institusi pengajian, anda tidak layak untuk menerimaBRIM kerana anda belum bekerja. Walau bagaimanapun, anda akan menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Anda perlulah menunggu pengumuman dari institusi pengajian anda berkaitan tarikh pengagihan BB1M.

5. Jika anda seorang janda, isikan maklumat tanggungan anda.

Sesetengah janda (wanita yang bercerai) hanya menerima bantuan berjumlah RM350. Sepatutnya mereka layak untuk menerima bantuan kategori keluarga yang lebih tinggi sekiranya umur tidak melebihi 60 tahun. Hal ini demikian kerana mereka tidak mengisikan maklumat tanggungan sedangkan mereka memiliki tanggungan biarpun sudah bercerai.

6. Gunakan desktop PC untuk membuat permohonan dan kemas kini.

Telefon bimbit dan tablet dilarang digunakan untuk membuat permohonan dan kemaskini di laman sesawang BR1M. Hanya semakan status boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit. Hal ini telah ditetapkan oleh kerajaan mengikut dasar keselamatan dan polisi untuk melindungi malumat peribadi anda daripada digodam atau dicuri. Oleh itu, pendaftaran dan permohonan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan desktop PC sahaja. Anda juga disyorkan untuk mencetak permohonan anda dan menyimpan salinan tersebut sebagai bukti anda telah berdaftar.

Berikut merupakan soalan popular yang ditanya, harap-harap ia boleh dijadikan rujukan kepada masalah atau pertanayan anda.

1. “Saya merupakan penerima BRIM yang sedia ada, perlukah saya mengemaskini maklumat lagi secara online?”

Ada yang bertanya soalan ini kerana tiada perubahan dalam maklumat yang telah dimasukkan dalam sistem BR1M dari tahun 2016 hingga. Kami tetap menyarankan anda untuk mengemas kini, kerana ini adalah salah satu cara untuk kerajaan mengetahui pemohon tersebut masih hidup dan memenuhi syarat kelayakan BR1M.

Tambahan pula, kerajaan telah mengumumkan kategori baharu bagi tahun iaitu kategori e-kasih, yang menjanjikan jumlah bantuan sebanyak RM1200. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk memastikan maklumat peribadi anda masih tepat bagi yang layak untuk kategori ini.

2. “Mengapa jumlah yang saya terima lebih rendah daripada yang dijanjikan?”

Kemungkinan pendapatan anda terlalu tinggi maka anda tidak menerima jumlah seperti yang diandaikan. Matlamat BR1M adalah untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan, oleh itu pendapatan kasar bulanan telah menjadi kayu pengukur kelayakan.

Selain itu, janda atau balu perlu mengisi tanggungan untuk melayakkan diri untuk kategori isi rumah. Sekiranya ruangan tanggungan dibiarkan kosong, mereka hanya akan menerima RM400 kerana layak sebagai penerima bujang sahaja. Sekiranya masing-masing mempunyai seorang tanggungan, mereka perlu berbincang sebelum memohon atau mengemaskini, agar sekurang-kurangnya salah satu daripada mereka layak untuk kategori isi rumah.

3. “Bagaimana kalau saya tetap gagal memasuki portal BR1M setelah mencuba berpuluh-puluh kali?”

Sesetengah pengguna menerima mesej “Semakan status secara dalam talian adalah gagal. Sila rujuk ke cawangan LHDNM.” semasa cuba memasuki laman sesawang BR1M. Hal demikian kerana anda telah cuba menyemak menggunakan MyKad anda sebelum ini tetapi telah gagal menjawab soalan keselamatan sebanyak 3 kali. Halangan ini akan dibuka semula semasa tempoh permohonan kelak.

Kepada yang hendak mengemaskini BR1M bagi pihak ibu bapa atau datuk dan nenek, sila pastikan anda mengetahui jawapan yang betul bagi soalan-soalan keselamatan yang ditanya di laman BR1M. Sekiranya anda merasakan portal BR1M terlalu lambat untuk dimuat, layarinya pada waktu yang kurang sibuk, seperti waktu malam, dan bukannya pada waktu trafik tinggi, contohnya dari pukul 11 pagi hingga 1 petang. Dengan ini, peluang untuk anda memasuki portal BR1M adalah lebih baik.

4. “Bagaimana jika saya menerima mesej ‘Aplikasi eBRIM tidak direkabentuk…’ semasa membuka laman BR1M pada telefon bimbit?”

image1 1

Laman BR1M tidak menggalakkan kemaskini dilakukan menggunakan telefon bimbit atau tablet. Semakan status boleh dibuat dengan telefon bimbit tetapi atas sebab keselamatan, rakyat dikehendaki menggunakan komputer peribadi jenis desktop bagi segala aktiviti berkaitan dengan permohonan baharu atau kemaskini maklumat. Perkara ini telah dimaklumkan sejak BR1M 2016.

5. “Apa yang perlu saya lakukan selepas memohon atau mengemaskini?”

Pengumuman keputusan akan dibuat kelak. Anda akan dihubungi melalui surat. Anda dinasihatkan untuk mencetak satu salinan borang BR1M yang telah diisi dan menympan salinan tersebut untuk kegunaan masa depan sekiranya perlu. Contohnya, sesetengah pemohon yang mengalami masalah semasa menerima wang telah membawa salinan tersebut ke kaunter BR1M atau cawangan LDHNM sebagai bukti dan rekod tarikh mereka siap memohon atau mengemaskini.

sumber:- budak kaca mata & brim2018.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post