Geografi PT3 2016: Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016

Geografi PT3 2016: Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016

Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016

Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016

Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016

Borang kaji atau soal selidik ini perlu dibuat dan disertakan dalam perlaksanaan kajian kes bagi Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)


Kaji selidik itu perlu dilakukan oleh calon bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada responden (individu yang disoal / temu bual) di kawasan kajian kes berhubung dengan tugasan

Perkara serta saranan yang perlu ada dalam borang soal selidik perlulah relevan dengan tajuk tugasan dan kandungan laporan kajian kes yang dibuat oleh calon

Bagi tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 calon perlu membuat kajian kes tentang Pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah calon

CONTOH DAN CARA BUAT BORANG KAJI SELIDIK TUGASAN GEOGRAFI PT3 TAHUN 2016 

Berikut adalah panduan gambaran di antara format Borang Kaji Selidik bagi kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 serta contoh perkara-perkara yang perlu ada dalam Borang Soal Selidik tersebut

MYsumber menjadikan jenis pengangkutan awam sebagai contoh bagi setiap perkara yang perlu ada dalam borang soal selidik

BORANG SOAL SELIDIK
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3: GEOGRAFI
NAMA SEKOLAH:(nyatakan)
TAJUK / PERKARA:(nyatakan)
KAWASAN KAJIAN:(nyatakan)

Bahagian A: Maklumat Responden 
Perhatian: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan (√) pada kotak jika berkenaan

Nama Penuh:__________________
Alamat:______________________

Bangsa:

  • Melayu 
  • Cina 
  • India 

Lain-lain. Sila nyatakan__________

Jantina:

  • Lelaki 
  • Perempuan 


Umur:

  • 21 – 30 tahun 
  • 31 – 40 tahun 
  • 41 – 50 tahun 51 tahun ke atas 


Pekerjaan:_____________

Pendapatan:

  • RM900 kebawah 
  • RM900 – RM3000 
  • RM3000 keatas 


Bahagian B: Soal Selidik / Tinjauan 

Perhatian: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan (√) pada kotak jika berkenaan

Jenis Kenderaan Yang Anda Miliki:

  • Kereta / bilangan() 
  • Van / bilangan () 
  • Lori Persendirian / bilangan () 
  • Motosikal / bilangan () 

Lain-lain. Sila nyatakan berserta bilangan__()

Jenis Pengangkutan Awam Yang Anda Pernah Naiki di (nyatakan tempat kawasan kajian)


  • Bas 
  • Komuter KTM 
  • Van 
  • Bas Sekolah 
  • Teksi 

Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Kepentingan Sistem Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)


  • Mengangkut barangan 
  • Meningkatkan mobiliti penduduk 
  • Mengurangkan kesesakan 
  • Menjimatkan masa 
  • Memgambil penumpang 

Sumber pendapatan Peluang pekerjaan Menjimatkan kos Lain-lain.

Sila nyatakan___________________

Masalah Sistem Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)


  • Pencemaran udara Pencemaran bunyi 
  • Pencemaran air Kos bahan api meningkat 
  • Tambang mahal 
  • Kemalangan 
  • Keselamatan penumpang terancam 
  • Jangka masa lama 
  • Penipuan 
  • Kesesakan lalu lintas 

Kenderaan lama Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Dan Penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)


  • Menguatkuasa undang-undang 
  • Kempen alam sekitar 
  • Pendidikan alam sekitar 
  • Dasar pembangunan kerajaan 
  • Penggunaan petrol tanpa plumbum 
  • Kursus pemanduan berhemah 
  • Mengurangkan kos operasi 

Penggunaan bahan api alternatif Lain-lain.

Sila nyatakan___________________

Bahagian C: Akaun Responden
Perhatian: Sila lengkapkan ruangan

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini adalah benar, betul dan lengkap

Tandatangan:_______ Tarikh:________

Nota: Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan/ puan dalam soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Borang kaji selidik yang disertakan ini adalah sebagai panduan, rujukan dan cetusan idea baharu kepada calon sahaja

Sila buat penambahbaikan borang soal selidik tersebut mengikut kesesuaian kandungan kajian kes

Sila rujuk dengan guru terlibat bagi mendapatkan jumlah responden yang perlu di soal selidik atau temu bual Sekeping borang soal selidik mewakili satu / seorang responden


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post