7 Filem Yang Diharamkan Tayang Di Malaysia!

7 Filem Yang Diharamkan Tayang Di Malaysia!

Kecoh tidak lama dahulu tentang filem Beauty & the Beast yang ditarik semula untuk penilaian oleh pengedarnya gara-gara pendedahan salah seorang karakternya dikatakan homoseksual.

7 Filem Yang Diharamkan Tayang Di Malaysia!
7 Filem Yang Diharamkan Tayang Di Malaysia!

Namun segalanya terjawab selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengeluarkan kenyataan kebenaran untuk filem tersebut ditayangkan di Malaysia dengan suntingan kecil dilakukan.

Negara kita mempunyai garis panduan yang ditetapkan oleh LPF agar filem-filem tempatan atau luar negara memenuhi kriteria yang ditetapkan supaya ia dibenarkan untuk tayangan umum.

Beberapa filem yang agak terkenal sebelum ini juga pernah diharamkan tayangannya di Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: Pernah Tak Korang Tahu, Filem Malaysia Yang Memaparkan Aksi Agak Melampau Tapi Tetap Lulus Tayang Oleh FINAS!!

loading...

1. PULP FICTION (1994)



Filem yang diarahkan oleh pengarah eksentriks, Quentin Tarantino diharamkan kerana mengandungi unsur melampau seperti keganasan, penggunaan dadah, adegan bogel dan seksual.

2. SHAWSHANK REDEMPTION (1994)



Ia merupakan antara filem ‘melepaskan diri dari penjara’ terbaik sepanjang zaman. Diharamkan kerana unsur keganasan, kata-kata kesat dan kekejaman. Namun ia kemudian dibenarkan untuk dikeluarkan dalam bentuk DVD.

3. THE WOLF OF WALL STREET (2013)



Filem kontroversi ini diharamkan kerana unsur seksual, bahasa kesat dan pengunaan dadah secara jelas. Sepanjang 179 minit tayangannya, the ‘F’ word disebut antara 506 hingga 569 kali, menjadikan ia filem terbanyak menggunakannya.

4. THE DANISH GIRL (2015)



The Danish Girl merupakan kisah benar seorang lelaki bernama Elbe menjadi manusia terawal menjalani pembedahan pertukaran jantina.

5. FIFTY SHADES OF GREY (2015)



Antara the most talk about movie pada tahun 2015. Filem adaptasi novel E.L. James ini diharamkan kerana unsur seksual yang melampau ala-ala pronografi. Tahun ini menyaksikan sekuelnya Fifty Shades Darker juga diharamkan di negara kita.


6. THE RAID 2: BERANDAL (2014)




Peminat filem aksi pasti tidak asing dengan filem The Raid arahan Gareth Evans. Jika filem pertama dibenarkan tayangannya, filem sekuelnya mendapat nasib berbeza apabila diharamkan atas faktor keganasan melampau.

7. PINEAPPLE EXPRESS (2008)




Dibintangi dua pelakon utama iaitu Seth Rogen dan James Franco, Pineapple Express diharamkan tayangannya kerana ia membawa tema penggunaan dadah jenis ganja yang terlalu obvious. Malah, banyak babak menampilkan mereka menggunakannya secara terbuka.

Antara filem-filem terkenal lain yang pernah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia ialah Noah, Banglasia, Piranha 3DD, Friends With Benefit, Superbad, RocknRolla, Kill Bill: Vol 1 dan The Girl Next Door.

Sumber : Remaja

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post